Beri sokongan terhadap peniaga kecil harungi tempoh 'total lockdown'
Farhana Joni
Jun 3, 2021 18:14 MYT
Jun 3, 2021 18:14 MYT
Ramai dalam kalangan kita terus menunjukkan sokongan dengan membantu penjaja dan peniaga kecil menerusi pembelian dalam talian. - Gambar/ Astro AWANI
SEPANJANG tiga hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, sudahkah anda membantu perniagaan usahawan-usahawan kecil?
Persoalan ini sengaja kami bangkitkan dalam #DiariLockdown hari ini kerana menyedari ramai yang terkesan akibat penguatkuasaan perintah sekatan tersebut.
Dengan hanya beberapa sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi sepanjang 14 hari ini, pastinya ramai yang hilang punca pendapatan.
Pengguna akaun media sosial, Twitter yang dikenali sebagai @Dyana_hidaya memberitahu, dia sempat membantu seorang peniaga air kelapa hari ini.
Seorang lagi pengguna YouTube pula, Dek Long memaklumkan ibunya membeli pencuci mulut untuk sajian mereka sekeluarga.
Di samping itu, terdapat beberapa warga maya lain berkongsi barangan yang dibeli mereka hari ini.
Ada juga yang hanya membeli barangan keperluan kerana lebih gemar memasak di rumah.
Dalam pada itu, @WZamzahidi berminat membeli makanan di luar bagi tujuan yang sama iaitu membantu peniaga kecil namun kecewa apabila melihat segelintir mereka tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Seorang lagi yang dikenali sebagai Elziqr kecewa dengan rasa makanan yang dibeli.
#penjaja kecil
#Peniaga kecil
#PKP
#perintah kawalan pergerakan
#duduk rumah
#punca rezeki
#Diari Lockdown
#total lockdown