Berdakwah sepenuh masa atau sebaliknya, mana lebih bagus? Ini jawapan Imam Muda Asyraf
Gempak
April 19, 2018 18:29 MYT
April 19, 2018 18:29 MYT
Pendakwah, Imam Muda Asyraf berpandangan dia lebih selesa memilih cara berdakwah dan pada masa sama tidak meninggalkan kerja untuk mencari rezeki.
Ujarnya, tugas pendakwah pada zaman sekarang tidak hanya terikat melakukan tanggungjawab tersebut secara sepenuh masa.
"Saya sendiri tidak meninggalkan kerja saya. Namun, apa yang Tuhan bagi iaitu ilmu saya cuba sampaikan pada orang lain," katanya kepada Astro Gempak.
Asyraf percaya setiap pendakwah mempunyai tanggungjawab pada masyarakat yang harus dilaksanakan.
"Saya juga pada masa sama ada bisnes sendiri untuk menampung kehidupan. Ini semua bergantung pada diri masing-masing jika mahu menjadi pendakwah sepenuh masa," katanya.
Tambahnya, dia juga menyokong golongan pendakwah yang melakukan tanggungjawab berkenaan secara sepenuh masa.
"Dalam memilih cara berdakwah, saya juga nak 'support' diri sendiri. Saya tidak mahu bergantung harap pada orang lain untuk teruskan kehidupan.
"Ada ulama jika kita tengok bermacam-macam jenis termasuk berdakwah sepenuh masa seperti Abdullah Mubarak berkata, kenapa engkau berbisnes - kami menjaga muru'ah, menjaga maruah, kehormatan diri supaya tidak meminta-minta pada orang lain," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi