Kunjungi dan alamilah percutian Hari Raya di Legoland Malaysia Resort dengan pelbagai pilihan aktiviti menarik untuk keluarga.
Antara aktiviti yang berlangsung sehingga 15 Julai, pengunjung kanak-kanak berpeluang mempelajari alat muzik tradisional, kompang dan kemudiannya membuat persembahan. Atau mengambil bahagian dalam aktiviti Permainan Tradisional seperti congkak, batu seremban dan ting-ting.
Terdapat juga aktiviti pembinaan Lego bagi keluarga yang melibatkan pembinaan ketupat gergasi dan pelita serta menghias rumah kampung.
Dalam aktiviti 'Eid-Mubarak Scavenger Hunt', pengunjung berpeluang mengasah daya menyelesai masalah sambil meninjau tempat-tempat ikonik Asia yang dibina dengan miniatur menggunakan blok Lego.
Penyertaan dalam aktiviti berkenaan akan membolehkan pengunjung menerima ganjaran edisi terhad 'Eid Mubarak Commemorative DUPLO(R) Brick' (sementara stok masih ada).
Bagi kunjungan yang lebih menyeronokkan, kedai-kedai Legoland Malaysia Resort akan mengadakan promosi istimewa seperti menawarkan paket Lego Hari Raya edisi terhad percuma dengan pembelian RM44.40 ke atas dan set edisi terhad Lego Raya dengan pembelian sebanyak RM999 .90 dan ke atas.
Berita baik untuk pengunjung berumur lima hingga 12 tahun dan berminat dalam kehidupan laut serta pemuliharaan kerana Sea Life Malaysia, yang akan dibuka pada lewat tahun ini, kini mencari anak muda untuk menyertai program 'Sea Life Junior Ranger' yang eksklusif.
Duta-duta Junior Sea Life Malaysia ini akan mempelajari kemahiran, menyertai acara dan lawatan eksklusif.
Peraduan berkenaan berakhir 29 Jun ini dan mereka yang berminat perlu segera menyertainya dengan melayari https://www.legoland.com.my/sealife/junior-ranger/.
Legoland Malaysia Resort menawarkan aktiviti yang menggembirakan untuk keluarga sebagai destinasi percutian hebat sepanjang tahun. Pengunjung kini boleh mendapatkan pas tahunan pada harga sehari.
Maklumat mengenai promosi dalam talian, layari www.legoland.com.my atau akaun Facebook dan Instagram Legoland.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 06 2018
Kunjungi dan alamilah percutian Hari Raya di Legoland Malaysia Resort dengan pelbagai pilihan aktiviti menarik untuk keluarga. - Foto legoland.com.my
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Pendapatan Selangor tidak hanya bergantung kepada hasil tanah - Amirudin
Amirudin berkata pentadbirannya tidak hanya bergantung kepada hasil tanah dan sumbangan kerajaan Persekutuan dalam menambah hasil negeri.
Keputusan ceburi bidang sukan bawa tuah buat 'Pocket Rocketman'
Biarpun keputusan yang diambil ketika beliau berusia 15 tahun itu amat berat, Azizulhasni nekad demi mengejar impiannya.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Ramadan bukan alasan aktiviti minggu pertama persekolahan tidak boleh dilaksana - KP Pendidikan
Hasrat Kementerian Pendidikan (KPM) melalui aktiviti minggu pertama adalah untuk melahirkan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.
Elak gajet, kerap buat aktiviti bersama anak
Ibu bapa seharusnya lebih kreatif dalam merancang dan menentukan suasana pembelajaran yang berkesan kepada anak-anak.
Hari Malaysia: Ubah stigma perpustakaan hanya untuk baca buku, membosankan
Terdapat pelbagai pengisian aktiviti boleh dianjurkan di sini, di samping menjadi medan menghimpunkan rakyat berbilang kaum.
Juh ngabas Walk About Kuching 2022 di Kuching Oktober tok
Orang ramai berpeluang untuk mengikuti satu lagi acara pelancongan hiburan terulung di Sarawak pada festival What About Kuching (WAK2022) sepanjang Oktober depan.
Aktiviti menangguk ikan bukan perkara asing untuk warga emas
Aktiviti 'menangguk ikan' mungkin bukanlah aktiviti asing bagi mereka yang berada dalam kelompok usia emas namun bagi generasi muda, mungkin ramai yang tidak mengetahuinya.
DBKL tutup hotel jalankan aktiviti tidak bermoral
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup serta-merta sebuah hotel di Jalan Pudu Ulu di sini kerana menjalankan aktiviti tidak bermoral dalam premis berkenaan.
Pas tangguh semua program parti di Perlis
Arahan melibatkan semua jenis aktiviti termasuk program kuliah di semua premis milik parti.
Taman Negara Pahang beroperasi semula hari ini
Pahang tidak terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
PKPB Labuan: Perhimpunan ramai adalah dilarang - MKN Labuan
Usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 kini memasuki gelombang ketiga, dengan sebanyak 92 kes positif direkodkan, setakat ini.
Pulau Pinang batal semua aktiviti, sambutan perayaan tahun ini
Pulau Pinang membatalkan semua aktiviti dan sambutan perayaan sehingga hujung tahun ini berikutan situasi semasa negara yang sedang berdepan pandemik COVID-19.