Benarkah 'Oyen' suka cari pasal? Ini fakta tentang si comel berbulu jingga
Madiha Abdullah
Januari 2, 2021 09:00 MYT
Januari 2, 2021 09:00 MYT
PEMILIK kucing pastinya faham kenakalan si comel itu kadang-kala sukar dikawal dan yang sering 'dituduh' melakukan kerosakan di rumah.
Lebih-lebih lagi jika ia kucing dengan bulu berwarna jingga, atau biasa dipanggil "Oyen" dan juga ginger tabby.
Tetapi benarkah "Oyen" suka cari pasal?
Mari kita lihat faktanya.
1. Ginger tabby mengikut nisbah kebiasaannya ialah kucing jantan. Maka tidak hairanlah, 'Oyen' sangat ligat, nakal dan sentiasa ada idea untuk mengucar-ngacirkan hidup pemiliknya.
2. Ginger tabby jantan kebiasaannya lantang dan aktif. Ginger tabby betina pula lebih tenang dan jarang bersuara.
3. Semua 'Oyen' dipanggil tabby, tetapi tidak semua tabby berwarna jingga. Tabby boleh didefinisikan sebagai kucing dengan bulu corak jalur atau berbintik.
4. Tiada bukti khusus, tetapi ramai pemilik mendakwa 'Oyen' lebih suka makan dan cenderung untuk mengalami masalah obesiti.
5. 'Oyen' kebiasaannya mempunyai perwatakan yang berani. Sebahagian besar tidak takut kepada haiwan lain dan tidak mempunyai masalah untuk berkongsi kediaman dengan haiwan lain.