Bekerja di rumah dengan baju tidur, tidak baik untuk kesihatan mental
ETX Studio
Mac 5, 2021 13:35 MYT
Mac 5, 2021 13:35 MYT
BEKERJA dari rumah sambil mengenakan baju tidur tidak menjejaskan produktiviti, tetapi berpakaian tidak menarik boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental anda.
Dapatan itu diperoleh saintis di Australia yang mengkaji situasi berkenaan dalam kalangan pekerja di lima pusat penyelidikan, termasuk kakitangan pentadbiran dan penyelidik, yang bekerja dari rumah pada tempoh berkurung pertama susulan pandemik COVID-19 pada musim bunga 2020.
Kajian mereka mendapati bahawa 41 peratus responden melaporkan mengalami peningkatan produktiviti ketika bekerja dari rumah, tanpa mengira pilihan pakaian mereka.
Namun, ramai pekerja mendapati produktiviti mereka terhalang kerana terpaksa berurusan dengan anak-anak kecil di rumah.
Tetapi anda juga perlu berhati-hati kerana bekerja sambil memakai baju tidur boleh membuat anda berasa tertekan.
Pekerja yang memakai baju tidur pada siang hari sekurang-kurangnya satu hari dalam seminggu melaporkan kesihatan mental mereka merosot semasa bekerja dari rumah (59 peratus vs 26 peratus).
Dan jika anda berharap dapat mengatasinya dengan mengenakan sweat pants atau pakaian kasual lain yang biasa dipakai di rumah, jawapannya tidak kerana ia juga boleh memberi kesan yang sama pada kesihatan mental, seperti baju tidur.
Kesimpulannya, walaupun bekerja dari rumah, berpakaianlah seperti anda akan ke pejabat. Ia lebih baik untuk kesihatan mental anda.