Bawa 13 anak, empat isteri shopping raya bersama, netizen kagumi lelaki ini

Mingguan Wanita
April 19, 2022 10:15 MYT
Netizen kagum dengan cara Fazlin menguruskan keluarga besarnya dan mampu membawa mereka membeli-belah bersama dalam menyediakan kelengkapan hari raya. - Foto Mingguan Wanita
“BAWA 13 anak, empat isteri 'shopping' raya bersama.”
Netizen kagum dengan lelaki ini uruskan keluarga besarnya dan mampu membeli-belah bersama dalam menyediakan kelengkapan berhari raya.
Tidak semua lelaki mampu menguruskan keluarga dengan baik setelah berpoligami, lelaki ini adalah contoh terbaik buat lelaki di luar sana yang terfikir untuk berpoligami.
Madukan isteri tak salah, namun biarlah adil, saksama dan mengikut syariat Islam sebaiknya. Tiada yang berkecil hati dan terasa, sebaliknya semua pihak merasa nikmat hidup berkeluarga. Betul tak?
Lelaki ini telah berkongsi detik bahagianya ketika keluar membeli-belah persiapan raya bersama empat orang isteri serta 13 orang anak-anaknya di sebuah kompleks membeli belah.
Pengguna TikTok, Fazlin, memuat naik video dia bersama keluarga besarnya itu mengunjungi sebuah pusat beli-belah terkemuka bagi membeli baju raya masing-masing.
Menerusi kapsyen video yang dikongsikan, Fazlin sempat berseloroh mengatakan dia merasa seperti mengadakan sebuah lawatan percutian bersama rakan sekerja apabila keluar bersama keluarganya memandangkan anak-anaknya sudah meningkat dewasa.
“Baba tak rasa berjalan dengan anak-anak, terasa berjalan dengan kawan-kawan bila anak semua dah besar.
“Bila kau bawa 13 orang anak, 4 orang isteri pergi pusat beli-belah untuk beli baju raya, dah macam trip syarikat jalan-jalan,” luahnya.
Rata-rata netizen kagum dan memuji sifat lelaki kerana mampu mengurus keluarga besar ini secara adil buktinya mereka keluar membeli persiapan raya bersama-sama tanpa rasa kekok.
Ternyata menguruskan keluarga yang besar bukan satu tugas yang mudah apatah lagi melibatkan empat orang isteri dan 13 orang dalam satu masa. Ramai yang mendoakan keluarga ini.
Mingguan Wanita: Seronok melihat keluarga besar begini, tentu meriah. Salute sungguh!
* Artikel asal di Mingguan Wanita
#pusat beli-belah #beli baju raya #empat isteri #poligami
;