Bapa berkarier mahu lebih masa untuk anak: Kajian

AFP
Mac 15, 2013 07:54 MYT
Pusat Kajian Pew mendapati bukan ibu sahaja yang inginkan keseimbangan di antara kerjaya dan keluarga tetapi terbaru masalah itu turut dirasai di kalangan bapa.
Golongan bapa di Amerika dilaporkan melakukan lebih banyak kerja rumah berbanding sebelumnya dan dianggarkan mereka meluangkan kira-kira sepuluh jam seminggu pada tahun 2011 berbanding empat jam pada tahun 1965. Kaum wanita masih mendahului dengan meluangkan kira-kira 18 jam seminggu pada 2011 dan ini tidak termasuk 14 jam seminggu sewaktu anak mereka di taska.
Menurut kajian tersebut, 49 peratus wanita dan 34 peratus lelaki bekerja terlalu sibuk dengan urusan harian. Sebanyak 49 peratus bapa berkata mereka tidak cukup masa bersama anak-anak berbanding 23 peratus di kalangan ibu.
Apabila disuruh menilai kemahiran keibubapaan mereka, kebanyakan mereka memberikan markah yang bagus untuk diri sendiri dengan 24 peratus telah melakukan tugas dengan sangat baik. Sementara 45 peratus lagi meletakan tahap baik.
Kajian Pew itu dijalankan ke atas 2,511 orang dewasa di Amerika Syarikat pada penghujung 2012 dengan menggunakan perisian Tinjauan Berdasarkan Masa Warga Amerika (ATUS). Perisian itu telah mula digunakan sejak 2003 termasuk kajian yang menggunakan responden melebihi daripada 124,000 orang. Pengkaji juga pernah menggunakan diari perbezaan masa pada 1965 yang membenarkan trend analisis untuk jangka masa 50 tahun.
#Bapa berkareer #kemahiran keibubapaan #masa untuk anak #Pusat Kajian Pew
;