Bakal pengantin panik gara-gara PRK Cameron Highlands, ini reaksi SPR
Azyyati Ahmad
Disember 21, 2018 20:27 MYT
Disember 21, 2018 20:27 MYT
Gara-gara Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, seorang bakal pengantin naik cemas kerana dewan yang ditempah pada tarikh perkahwinannya akan digunakan sebagai pusat mengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 26 Januari ini.
Syazleen Anisa Misria menerusi Facebook SPR telah mengutarakan komen mengenai kebimbangannya yang dalam masa yang sama menurutnya melibatkan pelbagai kesulitan kerana jurugambar, jurusolek dan pelamin telah ditempah pada tarikh berkenaan.
Perkara berkenaan mendapat perhatian pengerusi SPR Azhar Azizan@Harun yang berjanji bakal menyelesaikan masalah yang dihadapi Syazleen.
Syazleen dalam komen terbaru mengucapkan terima kasih terhadap keprihatinan SPR menyelesaikan perkara tersebut.