'Baju Melayu ketat boleh pula terima' - Pereka fesyen baju Melayu oversized

Gempak
Mei 24, 2019 10:00 MYT
Kelvin mengaku terkesan dengan dakwaan cuba rosakkan budaya Melayu melalui fesyen yang diperkenalkannya. -Foto Gempak
PEREKA fesyen baju Melayu viral oversized, Kelvin, mengakui terkesan dengan dakwaan dia cuba merosakkan budaya Melayu melalui fesyen yang diperkenalkannya.
Kata Kelvin, biarpun cuba melihat daripada sudut positif, masih ada segelintir pengguna media sosial yang bertindak agresif dengan melemparkan komen yang menyakitkan hati saban waktu.
"Pertama sekali apabila baju Melayu rekaan saya viral, saya sangat risaukan kawan-kawan saya yang menjadi model koleksi baju Melayu oversized saya. Sebolehnya saya mahu menjaga perasaan mereka kerana banyak membantu saya.
"Kemudian saya cuba melihat komen dan kritikan itu daripada sudut positif, sedikit sebanyak ia menjadi sebahagian daripada publisiti untuk jenama saya tetapi saya kecewa apabila dituduh cuba merosakkan budaya Melayu.
"Mungkin orang sudah menerima sesuatu pembaharuan dalam fesyen tetapi saya yakin rekaan saya ada keunikan dan fungsi tersendiri," katanya kepada Gempak.
#baju Melayu viral oversized #Kelvin #kritikan positif #rekaan unik #rosak budaya Melayu