Bahaya tarik rambut sampai 'meletup'! Bukan legakan sakit kepala, tapi... - Dr Wan

Gempak
Mei 28, 2022 09:50 MYT
DR WAN: Tarik, terkoyak, pendarahan dan infection. Kesan daripada tarik rambut boleh membawa kepada jangkitan kuman, Follicultis. -TikTok Dr Wan
PASTI ada antara kita yang pernah menarik rambut secara cepat dan kuat tatkala mengalami sakit kepala.
Mungkin ia dapat melegakan sakit kepala dalam kadar yang cepat tetapi perbuatan ini bukanlah satu hal yang baik untuk kulit kepala.
Menerusi video TikTok Dr Wan, pengamal perubatan itu menegaskan yang menarik rambut sehingga mengeluarkan bunyi ‘pop’ boleh merosakkan lapisan dalam kulit kepala, seterusnya membawa kepada masalah kesihatan yang lain.
“Kalau (cara menarik rambut) mujarab, doktor tak perlu prescribe ubat paracetamol, ubat migrain, membazir duit kerajaan sahaja,” ungkapnya.
Dr Wan menjelaskan, bunyi ‘pop’ yang didengar adalah bunyi lapisan Galea iaitu lapisan bawah kulit kepala yang ditarik daripada tengkorak.
“Tarik, terkoyak, pendarahan dan infection. Kesan daripada tarik rambut boleh membawa kepada jangkitan kuman, Follicultis.
“Daripada nak release sakit kepada, terus dapat jangkitan,” katanya.
*Artikel asal di Gempak

Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
#sakit kepala #Galea #paracetamol #santai hujung minggu
;