Badan lebih cergas: Tiga sebab kenapa perlu bersenam ketika puasa
Nona
April 18, 2022 10:30 MYT
April 18, 2022 10:30 MYT
TAK sangka! Rupanya ada 3 sebab kenapa bersenam perlu ketika puasa. Selama ini kita sering anggap ketika puasa, aktiviti senaman juga ‘terpaksa’ direhatkan. Rupanya puasa bukan alasan untuk tidak bersenam.
Menurut Pakar Nutrisi Kesihatan Persatuan Pemakanan Sukan Antarabangsa (ISSN) Aimran Jamil, jika ingin turunkan berat badan ketika bulan puasa ini, tidak perlu terlampau paksa diri untuk bersenam takut menjejaskan diri sendiri.
"Cukup hanya dengan defisit kalori dan jaga pemakanan, berat badan akan mampu dikurangkan,” katanya.
3 sebab kenapa bersenam perlu ketika berpuasa ialah:
- Senaman mampu buat umat Islam lebih cergas beribadah pada bulan Ramadan.
- Fungsi senaman adalah untuk kekalkan berat badan dan kecergasan.
- Tubuh akan lebih peka ketika solat tarawih dan dapat tidur lebih nyenyak.
Tip bersenam ketika berpuasa:
- Waktu sesuai bersenam adalah 30 minit atau sejam sebelum berbuka.
- Intensiti bersenam tak perlu berlebihan sampai penat atau tekak kering.
- Cukup hanya dengan berpeluh, contohnya kalau berlari tetapkan dulu masa selama 30 minit kemudian naikkan kepada 40 minit.
Bagi mengelakkan tubuh lesu ketika berpuasa:
- Kalori yang diambil perlu hampir sama ketika bersenam pada hari biasa.
- Pengambilan karbohidrat dan minuman bergula berlebihan perlu dielakkan.
- Pengambilan protein akan bantu baiki semula tubuh selepas bersenam, di mana proses kecut regang otot berlaku.
- Sel darah, otot dan hormon semuanya dibina melalui protein akan membantu tubuh berfungsi dengan baik.
- 2 biji telur rebus semasa sahur cukup untuk sumber protein sepanjang hari.
Makan selepas senaman dapat menggantikan kalori yang anda telah gunakan.
1. Penting untuk menambah glikogen yang telah habis digunakan semasa latihan.
2. Makan makanan berunsurkan protein selepas senaman menjadi kemestian untuk proses pemulihan otot dengan cepat, terutamanya selepas latihan berat badan (weightlifting).
3. Makan makanan yang mengandungi elektrolit (mineral yang perlu dibakar oleh neuron anda), yang perlu diganti akibat kehilangan semasa berpeluh.
Apabila tidak makan selepas melakukan senaman, tubuh boleh mengalami keletihan dan gula dalam darah menjadi rendah. Tanpa kemasukan nutrisi juga menghalang proses pembaikan otot dalam badan.
Jika secara rutin mengelak makan selepas melakukan senaman, ia akan menjadi lebih sukar untuk mencapai matlamat kecergasan tubuh badan anda.