Golongan wanita merupakan penyumbang utama dalam bidang perubatan dan kesihatan, sayangnya penghargaan terhadap sumbangan mereka masih tidak signifikan.
Bukan sahaja sumbangan golongan profesional, malah layanan pilih kasih dilihat masih wujud apabila membabitkan rawatan perubatan terhadap wanita.
Sudah tiba masanya situasi itu diubah, dengan usaha membantu wanita menangani masalah kesihatan di peringkat awal perlu dipertingkatkan.
"Golongan jururawat memainkan peranan yang sangat besar tetapi golongan ini adalah hero yang tidak didendang dalam bidang penjagaan kesihatan awam. Dan kita tahu majoriti jururawat adalah dalam kalangan wanita tetapi amat jarang kita melihat mereka diberi penghargaan.
"Kita perlu melibatkan wanita dalam proses penyelidikan, bukan sahaja untuk melihat bagaimana tubuh badan mereka memberi reaksi terhadap satu-satu penyakit dan ubatnya, tetapi kita juga memerlukan cara yang lebih baik untuk penyakit yang membabitkan wanita.
"Sebagai contoh, kanser serviks. Kita memerlukan alat pemeriksaan yang lebih baik, supaya mereka boleh dapat rawatan lebih awal. Jadi memang ada pilih kasih dalam bidang sains dan kita perlu menanganinya," kata Leena Meghaney, seorang peguam antarabangsa.
Pengalaman lebih 10 tahun bergaul dengan anggota masyarakat dari pelbagai latar belakang melalui pembabitannya dalam bidang farmaseutikal di India, Leena berpendapat stigma masyarakat terhadap konsep feminis perlu diubah.
"Ramai menganggap feminism sebagai satu yang negatif. Tetapi saya perlu katakan feminism membantu saya memahami hak saya dengan lebih baik dan menghormati hak orang lain juga.
"Pendedahan kepada feminism dan apa yang saya pelajari, termasuk latihan guaman, membuatkan saya berfikir lebih jauh daripada kebiasaannya, dan pergi lebih jauh daripada yang saya sasarkan," katanya ketika ditemui di studio Astro AWANI, pada Rabu.
Langkah pertama dalam mencapai tahap kesaksamaan itu, adalah dengan mengenal pasti semua isu yang berbangkit dan tidak menganggapnya sebagai isu terpencil.
"Kita nampak unsur pilih kasih dan kita nampak bagaimana wanita terkesan dengan perkara itu, jadi kita perlu cari penyelesaian sama ada dalam program HIV, hepatitis dan kanser.
"Kita perlu sedar yang wanita dipinggirkan dan fikirkan cara bagaimana untuk mengatasi isu ini," tegasnya.
Madiha Abdullah
Fri Mar 08 2019

Leena mahu masyarakat sedar wujudkan unsur pilih kasih dalam bidang kesihatan untuk wanita. - Facebook/@ Leena Menghaney
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

#AWANITA: Pada usia 92 tahun, Ratu Elizabeth muat naik entri di Instagram buat pertama kali
Ratu Elizabeth membuktikan usia bukanlah penghalang untuk seorang wanita yang berusia 92 tahun seperti baginda mencuba perkara yang baharu terutamanya berkaitan teknologi maklumat.

#AWANITA: Inspirasi wanita dalam lagu
DALAM apa saja kejayaan yang dicapai, kita tidak boleh menafikan peranan yang dimainkan oleh seorang wanita.

#AWANITA: Barbie tampil tua demi ...
Patung popular ikonik dunia Barbie muncul dalam kehidupan sebenar demi menyampaikan kesedaran terhadap golongan hawa yang mereka mampu kekal cantik walaupun berusia.

#AWANITA: 'Wanita perlu ubah mentaliti, bijak bahagi masa' - Jo-Anna
Setakat ini, penglibatan golongan wanita di Malaysia sudah mencapai kira-kira 24 peratus di dalam 100 syarikat berdaftar terkemuka di negara ini.

#AWANITA: 5 wanita beriltizam tinggi ini lebih hebat berbanding lelaki
Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2019, kami tampilkan semula lima wanita beriltizam tinggi yang pernah kami bawakan menerusi rancangan DIAN.

#AWANITA: Selamatkan haiwan jalanan remeh? Itu persepsi awak - Pengusaha Sollu Shelter
Sollu Shelter yang diuruskannya kini menempatkan lebih 200 ekor kucing yang ditemui di jalanan, malah ada sebahagiannya yang sakit tenat.