#AWANITA: Barbie tampil tua demi ...

Ain Najhan
Mac 8, 2019 15:53 MYT
Barbie bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-60 pada esok. - Gambar hiasan
SIAPA sangka patung Barbie yang menjadi kegilaan setiap kanak-kanak perempuan akan mencecah usia 60 tahun pada Sabtu.
Memetik laporan media antarabangsa, patung popular ikonik dunia ini muncul dalam kehidupan sebenar demi menyampaikan kesedaran terhadap golongan hawa yang mereka mampu kekal cantik walaupun berusia.
Kemunculan julung Barbie yang berusia 60 tahun ini berlaku ketika di sebuah penggambaran aplikasi Lumen, sebuah platform mencari jodoh yang popular di Amerika Syarikat khususnya buat warga yang 50-an dan ke atas.
.
Demi menyerlahkan kecantikan semulajadi, Barbie hanya tampil dengan solekan yang sederhana dalam penggambaran tersebut.
Barbie juga turut tampil dalam penggambaran tersebut demi memecahkan tanggapan industri mainan yang hanya mengetengahkan patung dalam usia muda.
Wakil aplikasi Lumen berkata, majoriti kaum wanita dalam usia 50 sehingga 60 tahun sering erasa tidak yakin dengan kecantikan kulit mereka.
Jelasnya, ikon berpengaruh seperti Barbie wajar dijadikan contoh untuk mematahkan tanggapan itu.
Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia, tindakan kolaborasi julung Barbie dan Lumen ini wajar dijadikan pendorong buat wanita agar sentiasa yakin dan cantik walaupun semakin berusia.
BACA: Google Doodle rai Hari Wanita Sedunia dengan kata-kata semangat!
BACA: #AWANITA: 5 wanita beriltizam tinggi ini lebih hebat berbanding lelaki
#Amerika Syarikat #awanita #Barbie #cantik #hari wanita sedunia #Lumen #wanita
;