AWANI-RareTV: Umur 100 tahun di Lembah Hunza sangat lazim
RareTV
April 15, 2023 10:00 MYT
April 15, 2023 10:00 MYT
TERLETAK di banjaran Karakoram, Pakistan, terdapat sebuah lembah yang dahulunya tertutup dari dunia luar. Lembah Hunza, sebuah lembah yang pernah menjadi salah satu bandar perdagangan utama di Laluan Sutera
Terlalu banyak kisah menarik tentang lembah ini, salah satu yang kami ingin kongsikan kali ini adalah tentang warganya di sini yang mempunyai umur yang panjang.
Apabila kita ke sini jangan terkejut melihat ramai warga emas yang berumur lebih 100 tahun. Apabila kita melawat keluarga mereka, boleh dilihat ramai keluarga mempunyai empat generasi, dari moyang sehingga ke cicit.
Our food is our medicine, begitulah 'cogan kata' mereka di sana. Aprikot, ceri, epal dan badam adalah antara tanaman utama mereka.
Sumber daging pula mereka dapatkan daripada kambing dan yak yang dibela tanpa sebarang suntikan (perangsang pembesaran) dan haiwan-haiwan itu malah memakan pucuk rumput yang segar di atas gunung.
Makan makanan organik yang ditanam dan dibela sendiri, air bersih datang dari cairan glasier di puncak gunung, tiada pencemaran udara, tiada tekanan hidup membayar hutang, dan tiada kesesakan lalu lintas, tak hairan sekiranya penduduk di sini murah dengan senyuman, mesra menyapa dan umur panjang.
Apabila team RareTV & Rarecation ke sini, kami sendiri melihat dengan mengapa pengembara Eropah mengelar tempat ini heaven on earth. Kualiti hidup dan ketenangan yang ada di sini yang mereka cari kerana hampir tiada lagi di bandar-bandar besar.
Inilah salah satu perkara menarik apabila kami ke sini. Jika ingin lihat lebih lagi tentang Lembah Hunza ini, ikuti pengalaman penulis dalam video travelog YouTube RareTV.