Atasi masalah kelaparan dengan surplus makanan

Shafizan Johari
September 24, 2018 15:36 MYT
Kanak-kanak dari Kampung Seratus yang terletak di muara Sungai Kelantan membantu sukarelawan Food Aid Foundation mengangkat bekalan makanan dari bot penambang untuk diedarkan kepada penduduk kampung. -Foto Astro AWANI/Shafizan Johari
Malaysia menghasilkan 15,000 tan sisa makanan setiap hari, cukup untuk mengisi Menara Berkembar Petronas hanya dalam 18 hari.
Lebih menyedihkan 60 peratus daripada sisa berkenaan adalah lebihan yang masih boleh dimakan.
Berbekalkan mempunyai misi menyelamatkan sebanyak mungkin makanan daripada jadi mangsa pembaziran di tapak perlupusan sampah, sebuah badan amal tempatan, Food Aid Foundation bergerak dengan inisiatif serampang dua mata -- mengurangkan pembaziran dan mengatasi masalah kekurangan nutrisi.
Sejak ditubuhkan pada 2013, Food Aid Foundation sudah berjaya menyelamatkan sehingga 6,000 tan makanan dan mengedarkannya kepada golongan fakir miskin di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
#Azizah #DPM #dr wan azizah #Hannah Yeoh #keluarga #kemiskinan #nutrisi #TPM #wanita
;