Kumpulan media terkemuka, Astro Malaysia Holdings Bhd hari ini melancarkan saluran terbaharu yang mengkhusus kepada siaran sukan elektronik (eSports) 24 jam sehari.
Saluran Every Good Game (eGG) merupakan saluran eSports pertama seumpamanya di Asia Tenggara yang menyajikan siaran kejohanan sukan elektronik terkemuka seperti League of Legends, Defence of The Ancient 2 (Dota 2), Counter Strike: Global Offensive, Hearthstone, Heroes of the Storm, StarCraft II.
Menurut Naib Presiden Kumpulan Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Khay, e-Sports merupakan satu fenomena global yang semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi masa kini, dan dijangka mencapai lebih 218 juta penonton di seluruh dunia menjelang akhir tahun 2016.
"Kami percaya dengan saluran e-Sport 24 jam sehari ini mampu memainkan peranan penting dalam menghubungkan peminat-peminat e-Sports di negara-negara Asia Tenggara.
"eGG juga merancang menjalinkan kerjasama dengan penganjur utama permainan video untuk menyiarkan secara langsung kejohanan dunia menerusi Astro.
"Kandungan On Demand akan menampilkan tatacara permainan, panduan daripada pemain profesional dan juga sorotan mingguan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Astro sebelum ini menjadi negara Asia Tenggara pertama menyiarkan secara langsung kejohanan terkemuka Dota 2, iaitu The International 5 (Ti5), pada tahun lalu.
Siaran Ti5 sangat popular dalam kalangan penonton muda, sekali gus menggalakkan Astro untuk menyiarkan lebih banyak kejohanan eSports bagi mencapai jutaan penonton di luar sana.
Menurut Lee, Astro percaya siaran eSports wajar ditonton pada skrin yang lebih besar agar peminat dapat menikmati acara kegemaran mereka dalam siaran definisi tinggi (HD) seperti menonton siaran langsung perlawanan bola sepak.
Saluran Every Good Game (eGG) dapat ditonton menerusi Astro dan Astro on the Go di saluran 808 bermula Jun ini.
Mariah Ahmad
Wed Apr 27 2016
![Astro lancar eGG, saluran e-Sports pertama di Asia Tenggara Astro lancar eGG, saluran e-Sports pertama di Asia Tenggara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61437470598_Dota.jpg)
Astro sebelum ini menjadi negara Asia Tenggara pertama menyiarkan secara langsung kejohanan terkemuka Dota 2, iaitu The International 5 (Ti5), pada tahun lalu. -Gambar fail
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Astro catat pemulihan Adex pada suku tahun ketiga Astro catat pemulihan Adex pada suku tahun ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733913338_tbAstro.jpg)
Astro catat pemulihan Adex pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025 (FY25).
![Astro Studios bakal lonjakkan Malaysia sebagai hab kandungan serantau Astro Studios bakal lonjakkan Malaysia sebagai hab kandungan serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713314456_AstroStudios.jpg)
Astro Studios bakal lonjakkan Malaysia sebagai hab kandungan serantau
Pelancaran Astro Studios akan melonjakkan lagi industri kreatif negara ke aras yang lebih tinggi.
![Nilai saham Astro dijangka meningkat pada separuh kedua 2020 - Penganalisis Nilai saham Astro dijangka meningkat pada separuh kedua 2020 - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/51585130441_Astro.jpg)
Nilai saham Astro dijangka meningkat pada separuh kedua 2020 - Penganalisis
Perkembangan positif itu antara lain disumbang oleh program televisyen, Go Shop yang membantu meningkatkan pendapatan kumpulan secara signifikan.
![Omar & Hana sambut kehadiran murid pada hari pertama ke sekolah Omar & Hana sambut kehadiran murid pada hari pertama ke sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81577961468_OmarHanaharipe.jpg)
Omar & Hana sambut kehadiran murid pada hari pertama ke sekolah
Di sekolah yang bertempat di daerah Hulu Langat, maskot Omar & Hana dibawakan khas oleh Astro Malaysia Holdings Bhd dan Digital Durian bagi menyambut kehadiran lebih 500 murid darjah satu.
![Astro rangkul tiga anugerah berprestij pada majlis MPRA 2019 Astro rangkul tiga anugerah berprestij pada majlis MPRA 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/61574446571_PRCAAward.jpg)
Astro rangkul tiga anugerah berprestij pada majlis MPRA 2019
Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) meraih tiga anugerah pada majlis makan malam Anugerah PR Malaysia (MPRA) 2019.
![Astro rangkul dua anugerah di majlis Anugerah MIRA 2019 Astro rangkul dua anugerah di majlis Anugerah MIRA 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71572423847_TBLIMGUANENGjpg.jpg)
Astro rangkul dua anugerah di majlis Anugerah MIRA 2019
Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) merangkul dua anugerah di majlis Anugerah Persatuan Hubungan Pelabur Malaysia (MIRA) 2019 pada Rabu.
![Astro rangkul anugerah Majikan Paling Menarik Pilihan Graduan Malaysia Astro rangkul anugerah Majikan Paling Menarik Pilihan Graduan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/41571416977_AstroGCAGraduate.jpg)
Astro rangkul anugerah Majikan Paling Menarik Pilihan Graduan Malaysia
Astro menerima anugerah Majikan Paling Menarik Pilihan Graduan dalam sektor Media, Kewartawanan dan Penyiaran.
![Astro rangkul anugerah berprestij di The Edge Billion Ringgit Club 2019 Astro rangkul anugerah berprestij di The Edge Billion Ringgit Club 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/61568911210_HenryTan.jpg)
Astro rangkul anugerah berprestij di The Edge Billion Ringgit Club 2019
Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan menerima anugerah Pertumbuhan Keuntungan Tertinggi Selepas Cukai Lebih Tiga Tahun untuk Telekomunikasi dan Media tersebut.
![Firma penyelidikan pelaburan optimistik prestasi kewangan Astro Firma penyelidikan pelaburan optimistik prestasi kewangan Astro](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/51561548896_AstroLogo.jpg)
Firma penyelidikan pelaburan optimistik prestasi kewangan Astro
Empat firma penyelidikan pelaburan utama negara masih optimistik dengan unjuran prestasi Astro Malaysia Holdings Bhd susulan pengumuman keputusan suku pertama syarikat itu untuk tahun kewangan 2020.
![Astro meterai kerjasama dengan Grup Majalah Karangkraf, tubuh entiti baharu Astro meterai kerjasama dengan Grup Majalah Karangkraf, tubuh entiti baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/81512617318_Karangkraf.jpg)
Astro meterai kerjasama dengan Grup Majalah Karangkraf, tubuh entiti baharu
Melalui kerjasama tersebut, Astro dan Karangkraf berupaya memanfaatkan platform masing-masing dalam memasarkan dan mengembangkan kandungan mereka.