Astro Go Shop meraikan ulang tahun ke-3 dengan lebih ganjaran dan pelancaran dua rancangan beli-belah melalui TV yang terbaharu iaitu Mei Yan Show dan Go Awal, yang akan dihoskan oleh selebriti terkenal Malaysia.

Para pelanggan 'Go Shop' juga berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM3 juta, 3 juta mata ganjaran 'Go Shop' dan 3 juta mata ganjaran penerbangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro GS Shop Sdn Bhd, Grace Lee berkata sokongan padu daripada para pelanggan selama tiga tahun ini amat dihargai dan mereka berusaha untuk memastikan pengalaman membeli-belah adalah yang terbaik buat pelanggan.

“Kami gembira untuk menjemput pelanggan-pelanggan baru menikmati pengalaman beli-belah yang lancar, menghiburkan, berinformasi dan mudah yang kami sediakan untuk semua rakyat Malaysia.

“Kami juga akan memberi lebih ganjaran kepada para pelanggan dengan tiga tawaran yang lebih hebat dan mata ganjaran yang lebih tinggi.

“Dari 1 November 2017 hingga 31 Januari 2018, pengguna-pengguna aplikasi mudah alih Go Shop berpeluang menerima lima peratus mata ganjaran dengan jumlah maksimum sebanyak RM25 sebagai tambahan kepada kadar semasa mata ganjaran iaitu dua peratus sepanjang tempoh ulang tahun ke-3 ini.

“Para pelanggan boleh melayari www.goshop.com.my atau membeli-belah melalui aplikasi mudah alih Go Shop dengan menggunakan kod GOGO30 & GOGO75 dan menikmati potongan tambahan sehingga RM75 dari tawaran-tawaran nilai hebat semasa kempen ulangtahun ini.

“Setiap RM300 yang dibelanjakan dalam setiap transaksi, para pelanggan Go Shop juga boleh menikmati 100 Enrich Miles dari Malaysia Airlines,” kata beliau

Berikutan kejayaan rancangan Go Pak Nil, Go Shop juga akan melancarkan dua rancangan televisyen beli belah terbaharu yang dihoskan oleh personality-personaliti terkenal Malaysia.

“Mei Yan Show yang bermula pada 28 Oktober dihoskan oleh Gan Mei Yan, seorang personaliti radio dari Kumpulan Astro yang terkenal dan sangat diminati.

“Pada bulan November ini, selebriti dan bintang media sosial Awal Ashaari akan mengacarakan rancangan membeli-belah melalui TV beliau sendiri yang dinamakan Go Awal,” tambah beliau.

Go Shop adalah destinasi membeli-belah gaya hidup 24 jam di mana pelbagai produk dan perkhidmatan didemonstrasi, dipromosi dan dijual melalui pelbagai platform termasuklah Astro TV (Astro Saluran HD Saluran 118 dan 303 serta Saluran SD 120), NJOI TV, Astro Go, NJOI NOW serta platform dalam talian (www.goshop.com.my) dan aplikasi mudah alih Go Shop yang boleh dimuat turun di Apple Store Malaysia (pengguna iOS) dan Google Play Store Malaysia (pengguna Android), menawarkan pengalaman membeli- belah pada bila-bila masa, di mana sahaja.