Astro AWANI, Karim Raslan 'on fire' - Netizen
Madiha Abdullah
Mei 10, 2018 12:29 MYT
Mei 10, 2018 12:29 MYT
SEBAGAI saluran berita 24 jam nombor satu di Malaysia, Astro AWANI menjadikan liputan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) pada Rabu sebagai agenda utama dalam kalendarnya.
Bermula hari parlimen dibubarkan sehingga hari pengundian semalam, Astro AWANI komited dalam memberi liputan yang komprehensif kepada penonton.
Menerusi garis masa di laman sosial, khususnya Twitter, netizen nyata gembira dengan liputan menyeluruh yang disediakan seluruh tenaga kerja Astro AWANI.
Paling mendapat perhatian adalah sesi diskusi bersama tetamu jemputan yang dikendalikan oleh dua moderator, Nazri Kahar dan Kamarul Bahrin Haron, malam tadi.
Tetamu-tetamu terbabit adalah Prof Dr Hamidin Hamid, Prof Madya Faisal S. Hazis, Karim Raslan, Datuk Salehuddin Saidin, Hisomuddin Bakar, Prof Datuk Dr Denison Jayasooria dan Prof Madeline Berma.
Sesi diskusi secara langsung itu berlangsung bermula jam 8 malam sehingga ke detik keputusan penuh diumumkan.
Ia mendapat pujian ramai yang berpuas hati dengan perbincangan tersebut, yang disifatkan tidak menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya telus menyampaikan aspirasi masyarakat.
Netizen rata-rata berpendapat apa yang dipaparkan Astro AWANI adalah gambaran kebebasan media yang selama ini diinginkan mereka.
Hasilnya, kata kunci Astro AWANI menjadi salah satu daripada 10 topik dalam senarai worldwide trending malam tadi, dengan lebih 70,000 tweet.
Malah, Karim Raslan sendiri yang dilihat cukup terbuka dalam memberikan pandangan dalam sesi itu, juga antara trending topics di Twitter.
#Astro Awani
#diskusi
#Karim Raslan
#Malaysia Memilih
#Media
#Najib Razak
#panel
#Pilihan Raya Umum ke 14
#PRU14