Asteroid sebesar bangunan Burj Khalifah sedang bergerak menghampiri Bumi
Agensi
Januari 21, 2018 12:36 MYT
Januari 21, 2018 12:36 MYT
Bumi kini diancam asteroid dan tahi bintang 'berpotensi berbahaya' yang sedang bergerak kelajuan 122,310 kilometer sejam.
Asteroid 2002 AJ129 dikatakan bersaiz sebesar bangunan Burj Khalifa , di UAE yang dijangka melintasi Bumi pada 4 Februari ini dalam jarak 4.2 juta kilometer daripada planet kita.
Menurut Agensi Aeronautik dan Pentadbiran Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), biarpun jarak laluan asteroid berkenaan melebihi 10 kali ganda antara jarak bumi dengan bulan, ia masih berada pada parameter yang 'berpotensi berbahaya' (yang mana klasifikasi ini digunakan untuk asteroid dalam lingkungan jarak 7.4 juta kilometer dari bumi).
"Asteroid itu berukuran 1.2 kilometer lebar dan berada pada kelajuan 122,310 kilometer sejam ketika berada di laluan paling dekat dengan bumi.
"Kedudukan itu merupakan kedudukan paling dekat jika dibandingkan dengan objek lain yang melalui bumi pada ketika itu.
"Kami telah menjejaki asteroid ini selama lebih 14 tahun dan telah mengenal pasti orbitnya dengan tepat.
"Berdasarkan pengiraan kami, asteroid 2002 AJ129 tidak berpotensi untuk merempuh bumi pada 4 Februari ini malah untuk 100 tahun akan datang," kata Paul Chodas dari Institut Teknologi California NASA.
#ancaman asteroid
#asteroid 2002 AJ129
#burj khalifah
#Institut Teknologi California
#NASA
#selamatkan bumi
#tahi bintang