Asap vape bahaya kepada ibu hamil, bayi dalam kandungan - Pakar
Pa and Ma
Januari 31, 2022 09:30 MYT
Januari 31, 2022 09:30 MYT
KITA sudah sedia maklum vaping adalah berbahaya kepada kesihatan. Tapi apa kesan terhadap second atau third-hand vaping?
Adakah golongan second- dengan third-hand vaping ini juga akan mendapat kesan yang sama dengan first-hand vaping?
Apa itu 2nd dan 3rd hand vaping?
1st hand: tukar hisap vaping
2nd hand: asap/wap vaping yang disedut oleh orang sekeliling dari first hand vaping
3rd hand: asap/wap yang melekat pada karpet, dinding, baju, permainan kanak-kanak.
Itu sebabnya bau asap rokok/vape masih lama di dalam kereta perokok.
Second- dan Third-hand vaping juga tidak terlepas dari mendapat kesan sampingan kimia melalui sedutan dari udara atau melalui kulit.
Lebih bahaya kepada kanak-kanak kerana mereka mudah untuk memasukkan objek ke dalam mulut, maka toksin ini senang untuk menyerap dalam badan mereka.
Kenapa kita perlu risau kepada 2nd dan 3rd hand vaping?
Ia boleh menyebabkan
-Kanser
-Penyakit jantung
-Kerosakan paru-paru
-Asma
Bagaimana pula kesan kepada ibu mengandung?
Ia akan menyebabkan
-Kelahiran bayi pramatang
-Kematian di dalam kandungan
-Kematian bayi secara tiba-tiba (sudden infant death syndrome)
Kepada kanak-kanak atau pesakit asma, dengan menjadi 'second-' atau 'third-hand vaping', risiko untuk mendapat serangan asma adalah tinggi.
Sayangi keluarga anda. Berhenti vaping. Amalkan gaya hidup yang sihat.
Kredit: Dr Iskandar Mirza
*Artikel asal di Pa&Ma