Arah pelanggan buka tudung, pengawal keselamatan McDonald's digantung kerja
Syafik Shukri Jalil
Disember 2, 2017 06:55 MYT
Disember 2, 2017 06:55 MYT
Seorang pengawal keselamatan di McDonald’s cawangan Seven Sisters Road di Holloway, utara London digantung kerja serta-merta setelah bertindak mengarahkan seorang remaja Islam menanggalkan tudungnya.
Menerusi laporan Metro.uk, wakil jurucakap McDonald’s mengesahkan syarikatnya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan melarang pelanggan yang mengenakan tudung atau hijab daripada memasuki premis mereka.
Malah mereka sangat mengalu-alukan kehadiran pelanggan daripada pelbagai agama dan meminta maaf atas kejadian yang menimpa remaja itu.
Menerusi video yang dirakam remaja berusia 19 tahun itu, dia terkejut kerana ini merupakan pengalaman pertamanya diarah berbuat demikian sepanjang menetap di United Kingdom.