Apple perkenal iPad mini

Astro Awani
Oktober 24, 2012 01:42 MYT
Desas desus tentang produk terbaru, iPad mini akhirnya terlerai apabila Apple mengumumkan pengeluaran gajet cilik itu.
iPad mini yang bakal dijual pada harga $329 (RM1,007),.
Turut diumumkan komputer riba MacBook Pro terbaru serta model terbaru iMac akan yang dijual pada harga $1299 (RM3979) dan ke atas.
Skrin iPad mini berukuran 7.9 inci mempunyai dua kamera iaitu di bahagian depan dan belakang, yang memberinya kelainan daripada tablet keluaran pesaing-pesaing Apple Inc.
Antara ciri-ciri menarik terdapat pada iPad mini, ia diperbuat daripada logam yang sangat ringan menjadikannya separuh daripada berat produk iPad yang sebelumnya, iaitu 0.68 paun (0.3kg).
Menurut penganalisis elektronik, Avi Greengart iPad mini tidak termasuk di dalam kategori yang sama seperti tablet-tablet 7 inci lain yang terdapat di pasaran berdasarkan rekabentuk dan saiznya.
Sehingga kini Apple telah berjaya menjual lebih 100 juta iPad bermula April 2010 dan penganalisis menjangkakan iPad mini mampu dijual antara lima hingga 10 juta unit tahun ini.
Orang ramai boleh mula membuat tempahan bermula jumaat ini.
#apple inc #iMac #iPad Mini #macbook pro