Apple lancar iOS 9.1, perkenal emoji 'middle finger'
Kohilah Sekaran
Oktober 22, 2015 03:11 MYT
Oktober 22, 2015 03:11 MYT
Apple melancarkan iOS 9.1, versi terbaru sistem operasi mudah alih kepada semua pengguna iPhone, iPad atau iPod.
Apple hari ini melancarkan iOS 9.1, versi terbaru sistem operasi mudah alih kepada semua pengguna iPhone, iPad atau iPod.
Perisian ini memperkenalkan beberapa ciri-ciri baharu, dan antara ciri yang menarik perhatian pengguna ialah penambahan 150 emoji baru termasuk emoji jari tengah atau ‘middle finger’.
Selain itu, iOS 9.1 turut meningkatkan kualiti ciri ‘Live Photos’, dimana iPhone 6S serta iPhone 6S Plus kini dapat mengesan pergerakan telefon ketika mengambil gambar untuk mengurangkan rakaman yang tidak dikehendaki, dan memastikan GIF Apple berfungsi lebih baik.
Untuk mengemaskini iPhone anda kepada iOS 9.1, anda boleh layari di Settings>General>Software Update.