Apple bakal perkenal 13 emoji baharu untuk OKU

Agensi
Mac 25, 2018 08:30 MYT
Jika diluluskan kelak, kesemua emoji ini kemungkinan akan dilancarkan pada awal tahun 2019. - Foto Emojipedia
TIDAK lama lagi anda akan dapat menggunakan emoji kerusi roda, orang bertongkat dan tangan palsu di telefon pintar anda.
Ia selepas gergasi peranti komunikasi, Apple mengemukakan cadangan memperkenal 13 emoji baharu, khusus bagi mewakili golongan kurang upaya (OKU) di seluruh dunia.
Permohonan itu telah dihantar kepada Unicode Consortium, satu organisasi yang meluluskan aksara emoji baharu.
Antara emoji yang bakal diperkenal termasuk:

�New: Apple has submitted a proposal to Unicode for accessibility emojis including people in wheelchairs, service dogs, and prosthetic limbs. If approved, they'll be on phones next year https://t.co/ic87QRkDpj pic.twitter.com/d7NISQR0me

— Emojipedia (@Emojipedia) March 23, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Satu daripada tujuh orang di seluruh dunia mengalami kecacatan dalam pelbagai bentuk, sama ada fizikal, penglihatan, pendengaran, atau kegagalan kemahiran motor fizikal, atau kecacatan lain yang tidak dapat dilihat."
"Pilihan emoji sedia ada merangkumi orang, aktiviti dan objek yang mewakili masyarakat umum, tetapi tidak banyak yang berkaitan golongan kurang upaya," kata Apple seperti dipetik dalam laporan berkenaan.
Jika diluluskan kelak, kesemua emoji ini kemungkinan akan dilancarkan pada awal tahun 2019.
#aksara emoji #Apple #emoji #emoji kerusi roda #kecacatan fizikal #Masalah pendengaran #OKU #Unicode Consortium
;