Apabila suami jadi penumpang Uber
Madiha Abdullah
April 19, 2017 10:47 MYT
April 19, 2017 10:47 MYT
BAGI mereka yang bertugas sebagai pemandu perkhidmatan perkongsian kereta, Grab dan Uber, pengalaman mengambil dan membawa penumpang yang dikenali bukan perkara asing.
Namun bagi seorang pemandu wanita ini, pengalamannya lebih melucukan kerana penumpang yang diambil itu ialah suaminya sendiri.
Pemandu yang menggunakan nama pengguna Cik Petir di Twitter, sempat berkongsi pengalamannya itu ke laman sosial berkenaan.
Turut dimuat naik adalah gambar suaminya yang duduk di tempat duduk belakang.
Menurut ceritanya, Cik Petir sebelum itu menerima tempahan Uber di kawasan rumahnya.
Tanpa disangka, tempahan itu datang daripada suaminya sendiri.
Apa yang mencuit hati adalah ekspresi wajah Cik Petir dan suaminya, sehingga netizen menjadikannya sebagai meme.
Gaya bahasa Cik Petir yang bersahaja 'menempelak' suaminya juga berjaya menggeletek hati pengguna laman sosial.
Status berkenaan sudah menerima lebih 26,000 'retweet' setakat ini.