Apabila meme dijadikan sumber inspirasi dalam fesyen
Afiq Ariffin
Januari 24, 2019 12:01 MYT
Januari 24, 2019 12:01 MYT
Industri fesyen sering mementingkan gaya yang memaparkan elemen-elemen seperti eksklusif, elegan dan mewah.
Namun ia agak berbeza dengan pereka fesyen Viktor dan Rolf yang berasal dari Perancis ini yang menggabungkan unsur meme atau bahan jenaka internet dalam rekaan dress couture sempena koleksi musim bunga 2019.
Mungkin bagi sesetengah pihak merasakan hal itu kedengaran agak pelik. Namun pereka fesyen ini berani mengambil risiko dan berjaya mencuri perhatian orang ramai terutamanya peminat tegar dunia fesyen.
Kini anda tidak perlu risau, ada baju yang mungkin bersesuaian dengan mood anda.
Koleksi ini boleh dilihat sebagai perkembangan yang agak inovatif kerana setiap gaun kembang yang digayakan model mempunyai ‘statement’ tersendiri.
Seperti koleksi-koleksi lain oleh Viktor dan Rolf, koleksi musim bunga 2019 ini memaparkan elemen bold dan lain daripada yang lain.
Bagi koleksi couture musim bunga tahun 2018, kedua-dua pereka ini pernah menggayakan beberapa model memakai topeng muka gergasi berbentuk bunga.
Tetapi cantik ke tidak koleksi couture ini? Apa kata anda?