Apabila kereta berjemur, gunakan simbol 'angin luar' untuk jimatkan minyak
Mingguan Wanita
Februari 14, 2022 10:36 MYT
Februari 14, 2022 10:36 MYT
AGAK-agak pemandu kereta di luar sana tahu tak beza angin luar dengan angin dalam seperti simbol yang ditunjukkan itu? Tak pernah ubah dan tidak tahu apa-apa tentang simbol itu.
Bagi yang sudah biasa, tentu sekali dapat mengagak apabila bahagian dalam kereta berbau, mulalah tukar simbor angin luar.
Sebab itulah, ada bau asap kereta kerana angin luar masuk ke dalam kereta.
Tidak mustahil juga ada langsung tidak ubah apa-apa pada simbol itu, sama ada simbol angin luar atau angin dalam.
Ini yang perlu anda tahu dan membantu dalam mengurangkan penggunaan bahan api. Dengan kata lain boleh juga jimatkan minyak kereta.
Malah, boleh dikatakan kereta berjemur di kawasan panas dan apabila kita hidupkan enjin, tidak terfikir untuk tukarkan simbol itu.
Selepas ini kena tukar sebab ia membantu menggurangkan haba panas dalam kereta, seperti yang disarankan oleh doktor ini.
Nak pakai fungsi ‘angin luar’ atau ‘kitaran dalam’ pada air-con ni?
Jawapan:
Gunakan fungsi ‘angin luar’ apabila mula masuk kereta yang telah berjemur panas.
Ini kerana suhu dalam kereta lebih panas daripada suhu di luar. Fungsi ini akan bantu turunkan suhu dalaman kereta dengan gantikan dengan angin baharu.
Apabila suhu dalam kereta sudah mula sejuk, tukarkan ke fungsi ‘kitaran dalam’. Ini akan bantu sistem air-con anda berfungsi dengan lebih baik kerana hanya perlu menyejukkan angin yang separa sejuk berbanding angin luar yang panas.
Secara langsung dapat mengurangkan pengguna bahan api.
Akan tetapi, fungsi ‘kitaran dalam’ akan buatkan pengumpulan wap air daripada pernafasan kita. Sebab tu cermin akan berkabus/berwap jika anda memandu di kawasan sejuk, pergunungan, kampung-kampung atau sebelah pagi,
Tukarkan ke fungsi ‘angin luar’ untuk hilangkan kabus pada cermin depan.
Pening, tak tau nak pilih yang mana?
Sahabat saya, Jamadin Hayat (pengasas dan ketua mekanikdi Ztechnica Automobile) mencadangkan menggunakan fungsi ‘auto’ (automatik) pada sistem air-con kereta jika ada.
Sistem auto pada air-con ini akan memilih fungsi yang paling sesuai.
Pada model-moel BMW, sistem auto air-con ini bergantung bacaan kepada sensor AUC (AUC = Automatische-Umluft-Control iaitu kawalan peredaran semula udara automatik).
Jenama kereta-kereta lain juga ada dengan nama sensor yang agak berlainan. Sensor ini akan pantau kualiti udara dan tahap kelembapan di dalam kereta.
Gunakan fungsi auto pada air-con anda kalau ada.
Mingguan Wanita: Biasanya kita guna aingin luar kalau ada makanan yang berbau kuat dalam kereta. Secara tidak langsung nak nyah bau dalam kereta.
Sumber: Dr Aid Fawzal
* Artikel asal disiarkan di Mingguan Wanita.