Apa yang perlu anda tahu jika ingin beriadah ketika PKPB
Raja Hisyam Raja Zaid
Mei 5, 2020 08:47 MYT
Mei 5, 2020 08:47 MYT
Ramai antara kita yang menarik nafas lega apabila kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang memberi maksud sedikit kelonggaran pergerakan awam.
Maka dengan itu ramai yang tidak sabar melakukan aktiviti yang sebelum ini dilarang sama sekali termasuk beriadah.
Justeru apakah langkah-langkah dan peraturan yang masih mengikat anda ketika beriadah?
- Sekiranya anda adalah orang yang mahu melakukan aktiviti berjoging, anda masih perlu menjaga penjarakan sosial dan tiada hubungan fizikal antara anda dan orang lain. Pastikan jarak anda sentiasa dalam keadaan yang ditetapkan selamat.
Anda tidak perlu terlalu teruja untuk melakukan aktiviti tanpa mengambil kira faktor kebersihan dan keselamatan dan banyakkan bersabar
#aktiviti fizikal
#COVID-19
#joging
#kerajaan
#keselamatan
#normal baharu
#PKP
#PKPB
#riadah
#senaman
#sukan
#syarat