Angela, 'anak patung' yang pandai menjahit
Madiha Abdullah
Mei 23, 2015 15:44 MYT
Mei 23, 2015 15:44 MYT
Gadis berusia 18 tahun ini bukan gadis biasa. Selain memiliki wajah yang cantik, dia juga punya kreativiti dan bakat menjahit yang luar biasa.
Angela Clayton merupakan seorang tukang jahit dan pereka kostum dari New York. Angela telah menjahit sendiri banyak kostum watak fantasi terkenal seperti Cinderella, Merida dan Elsa.
Dia juga sudah mula mereka kostum mengikut imaginasinya sendiri. Kata Angela, dia lebih berpuas hati apabila menjahit pakaian yang direka sendiri.
Kostum Elsa yang dijahitnya mengambil masa hampir 250 jam untuk disiapkan, dengan 170 jam daripada waktu tersebut dihabiskan untuk membentuk leretan 'cape' di belakang dress berkenaan menggunakan tangan.
Rekaan yang paling digemari Angela adalah sehelai dress berkonsepkan Krismas, yang menggunakan lampu LED sebagai salah satu materialnya.
Angela tidak pernah memasuki mana-mana kelas jahitan, sebaliknya hanya belajar sendiri. Minat mereka pakaian bermula selepas dia berjinak-jinak dengan lukisan 'sketch' pakaian.
Buat masa ini, Angela berhasrat untuk mereka lebih banyak dress berkonsepkan medieval atau Inggeris kuno.
Angela memiliki channel Youtube sendiri, di mana dia berkongsi cara-cara untuk menjahit pakaian-pakaian yang direkanya.