Anda mempunyai IQ rendah sekiranya gemarkan lagu Beyonce?
Shamil Hizamie
Julai 25, 2015 18:13 MYT
Julai 25, 2015 18:13 MYT
SEORANG pereka aplikasi perisian menjalankan satu kajian mengaitkan citarasa muzik dengan tahap IQ seseorang.
Virgil Griffith mengolah perkaitan tahap kepintaran para penuntut universiti di Amerika Syarikat secara langsung terhadap jenis muzik yang didengari.
Kajian unik yang dinamakan ‘Musicthatmakesyoudumb’ itu menyilangkan hasil keputusan ujian SAT dengan genre muzik yang digemari para pelajar terbabit.
Penyelidikan tersebut melibatkan 1,352 pusat pengajian tinggi dan 133 penyanyi popular.
Foto - AFP dan laman Facebook rasmi Counting Crows
Para pelajar yang mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan SAT kebiasaannya meminati artis yang popular pada era 90an seperti U2, Radiohead, Counting Crows, Norah Jones dan the Shins. Alunan irama dari Beethoven dan Bob Dylan turut menjadi pilihan mereka.
Foto - AFP dan laman Facebook rasmi Red Hot Chili Peppers dan Snow Patrol
Mereka yang berada di tangga tinggi pula mempunyai lagu-lagu dari Snow Patrol, The Fray, Kings of Leon dan Red Hot Chili Peppers dalam pemain MP3, iPod atau telefon pintar.
Foto - AFP dan laman Facebook rasmi Miranda Lambert, Blake Shelton dan Faith Hill
Kumpulan pelajar di kelas pertengahan selalu menyanyikan lagu-lagu irama country nyanyian Carrie Underwood, Blake Shelton, Miranda Lambert, dan Faith Hill.
Namun, apabila menjengah kepada keputusan para pelajar yang menduduki skala tercorot dalam kajian, kebiasaanya lagu-lagu bergenre hip-hop, rap dan R&B menjadi muzik pilihan mereka.
Secara keseluruhannya, para pelajar yang meminati lagu-lagu genre alternatif, rock dan country dilihat sebagai lebih bijak berbanding mereka yang menyukai lagu-lagu yang lazimnya diputarkan di corong-corong radio.
Foto - AFP dan laman Facebook rasmi Lil' Wayne
Para pelajar yang mempunyai markah paling rendah terdiri daripada peminat-peminat rapper Lil' Wayne dan Beyoncé. Mereka secara purata hanya mempunyai skor sebanyak 800 hingga 950 per 2400.
Walau bagaimanapun tiada kepastian saintifik yang diperoleh dari kajian Virgil ini.
Berikut adalah skala penuh yang dirangkumkan Virgil dalam kajiannya:
Kredit gambar – laman musicthatmakesyoudumb.virgil.gr