Anda kini boleh siar kandungan Telegram dengan Google Cast
Amanz
Mac 9, 2025 11:50 MYT
Mac 9, 2025 11:50 MYT
Telegram kini menyokong Google Cast (Chromecast) pada peranti Android untuk menonton video di skrin besar. -Amanz
TELEGRAM telah memperkenalkan beberapa kemas kini baharu untuk meningkatkan pengalaman pengguna.
Ringkasan AI
- Telegram kini menyokong Google Cast (Chromecast) pada peranti Android untuk menonton video di skrin besar.
- Pengguna boleh menetapkan bayaran bagi mesej daripada individu yang bukan dalam senarai kenalan mereka.
- Telegram memperkenalkan ciri keselamatan baharu yang memaparkan maklumat pengirim mesej pertama.
Antaranya ialah sokongan Google Cast (Chromecast) pada peranti Android yang membolehkan pengguna menonton video kegemaran di skrin besar dengan mudah.
Melaluinya, pengguna hanya perlu membuka video, mengetik ikon tetapan dan memilih Chromecast untuk memulakan tontonan.
Selain itu, Telegram juga membolehkan pengguna menetapkan bayaran bagi mesej daripada individu yang bukan daripada senarai kenalan mereka.
Ciri ini bukan sahaja bantu mengawal peti masuk dengan lebih baik, tetapi juga menawarkan peluang untuk mendapatkan ganjaran daripada mesej yang diterima.
Sebagai tambahan, Telegram memperkenalkan ciri keselamatan baharu yang memaparkan maklumat pengirim mesej pertama.
Ciri berkenaan membolehkan pengguna mengenal pasti, serta menyemak identiti individu yang tidak dikenali terlebih dahulu sebelum perbualan diteruskan.
Pastikan anda mengemas kini aplikasi untuk menikmati semua ciri baharu ini. -Sinar Harian