Anda kini boleh seru Copilot untuk kawal peranti Android

Amanz
Mac 18, 2025 16:00 MYT
Copilot oleh Microsoft kini menyokong Phone Connection untuk mengawal peranti Android. -Amanz
CIRI ejen AI pada chatbot kecerdasan buatan generatif kini mula menjadi trend. Ia adalah ciri di mana perkhidmatan AI boleh melakukan tugasan kompleks dengan hanya seruan ringkas.

Ringkasan AI
  • Ciri ejen AI pada chatbot generatif kini menjadi trend, membolehkan AI melakukan tugasan kompleks dengan seruan ringkas.
  • Copilot oleh Microsoft kini menyokong Phone Connection untuk mengawal peranti Android, tetapi penggunaannya tidak efisien kerana setiap arahan memerlukan pengesahan kedua.
  • Walaupun ciri ini dijangka dilancarkan pada Februari 2025, ia masih tidak stabil dan memerlukan kemas kini untuk berfungsi dengan baik.

Kebanyakan ciri ini masih berada di dalam fasa konsep, prototaip atau ciri berbayar yang mahal.
Terbaharu, Copilot oleh Microsoft mula menawarkan ciri lebih kurang sama untuk pengguna mengawal peranti Android.
Dengan hanya menyeru Copilot pada peranti Windows, pengguna boleh mengarahkannya untuk melakukan tugas pada peranti Android.
Menurut Windows Latest, Copilot kini menyokong Phone Connection untuk ia mengawal peranti Android seperti mencipta penggera, membacakan mesej, atau membuka peta.
Cuma sayang sekali, penggunaannya adalah sangat tidak efisien dan tidak membantu pengguna kerana setiap arahan memerlukan pengesahan kedua untuk ia dimulakan.
Perkara ini secara terus menjadikan ciri ini tidak berguna apabila pengguna masih perlu membuka dan menekan sesuatu pada telefon pintar.
Menurut sumber, ciri ini memang dijangka akan dilancarkan pada bulan Februari 2025 untuk peranti Copilot+ PC.
Namun, selepas cubaan menggunakannya ia tidak stabil dan malah membaca mesej pun tidak mendapatkan mesej terkini.
Bagaimanapun, untuk apa yang ia boleh lakukan, saya cukup teruja kerana pembantu maya peranti Windows boleh kawal peranti Android saya.
Ejen AI Copilot pada peranti Windows seakan pekerja yang malas dan ketinggalan. Ia mungkin perlukan kemas kini untuk menjadikannya benar-benar berfungsi. -Amanz
#Copilot #chatbot generatif #tugasan kompleks #Phone Connection
;