Anak yang tolong buat kerja rumah akan jadi rajin, lebih berjaya besar nanti
Pa and Ma
Februari 2, 2022 10:15 MYT
Februari 2, 2022 10:15 MYT
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika mahu anak-anak membesar menjadi individu yang rajin dan boleh diharap untuk membantu kerja-kerja rumah, latihlah mereka sejak kecil untuk melakukannya.
Tidak perlu sempurna, tapi jika selalu dibuat lama-kelamaan akan mahir juga.
Ada sesetengah ibu ayah yang tidak mahu anak membantu kerana kita merasa anak-anak akan ‘menambah kerja’ dari mengurangkannya.
Sudah tentu anak-anak akan melakukan kesilapan ketika membantu kita, tapi jangan dihalang. Terus galakkan mereka dan percaya pada kemampuan mereka.
Dr Taufiq Razif ada menjelaskan tentang hal ini.
Baru Ini geram juga tengok anak saya yang umur 2 tahun Itu basahkan lantai dengan susu.
Lebih geram lagi apabila dia ambil baju saya dan letak dekat tumpahan susu itu dengan muka yang tidak bersalah langsung! Geram rasa tapi tahan sahaja.
Saya tidak boleh halang! Sebab saya kena baca niat di sebalik perbuatan pelik anak saya ini.
Apabila saya perhatikan balik dari jauh rupanya dia gunakan baju saya itu untuk serap air susu. Ye, dia sedang cuba keringkan lantai dengan keringkan tumpahan susu itu!
Mungkin dia pernah nampak saya ataupun umminya buat benda ini kot. Mujur saya tidak larang dia buat ‘ benda pelik itu tadi.
Kalau saya jerit atau jerkah, boleh jadi ‘intention’ ataupun niat suci dia untuk tolong saya itu akan terbantut dan hilang buat selama lamanya!
Padahal mengikut kajian daripada Harvard anak yang buat ‘chores’ ataupun bantu kerja di rumah ini akan jadi orang dewasa yang berjaya!
Daripada situ seorang anak belajar ‘work ethic’ untuk menempuhi alam dewasa mereka nanti.
Ini cadangan untuk ajar anak kita buat kerja yang ringan di rumah;
Umur 2-3 tahun :
+ Lap air yang tumpah
+ Sapu habuk
+ Letak baju dalam bakul sebelum mandi
+ Simpan mainan selepas digunakan
Umur 4-5 tahun :
+ Kemas tempat tidur
+ Sidai tuala di tempatnya
+ Cuci cawan dan pinggan plastik sendiri
+ Siram pokok bunga
+ Semua kerja yang umur 2-3 tahun itu buat
Kepada yang ada anak lelaki jangan risau. Setakat ini saya tidak jumpa lagi kajian yang cakap anak akan tiba-tiba bertukar jadi pondan lepas sudah buat kerja rumah.
Dr Taufiq Razif
* Artikel asal disiarkan di Pa&Ma.