Anak tak duduk diam, makin panjang akal sebenarnya ciri budak bijak

Mingguan Wanita
Februari 21, 2022 09:30 MYT
Biarlah anak tak duduk diam dan melasak sana sini. Itu tandanya anak bijak dan sel-sel otak mereka berhubung. - Gambar hiasan
GERAMNYA mak ayah bila anak tak duduk diam. Ada saja benda yang nak dibuatnya.
Mak ayah marah, sekejap saja dia diam. Lepas itu buat balik.
Ini belum lagi anak-anak bergabung sesama mereka. Boleh huru hara rumah.
Lepas tu, mulalah dengar salah seorang daripada mereka menangis. Adalah perkara yang tidak puas hati.
Biarlah anak tidak duduk diam dan melasak sana sini. Itu tandanya anak bijak dan sel-sel otak mereka berhubung.
Ini apa yang dikongsikan oleh Mohd Fhais Salim.
Anak Tak Duduk Diam, Sel Otak Aktif
Anak tidak boleh duduk diam sebenarnya bijak. Tidak boleh diam walau sekejap, ada sahaja kaki nak merayap, ada saja tangan nak mengisai. Itulah ciri-ciri budak bijak!
Ingat senang ke nak sentiasa aktif dan sentiasa ada sahaja benda yang nak di buat. Semua ini perlukan otak yang aktif.
Kalau otak pasif badan anak tidak bergerak, kaki dia tidak nak merayap dan tangan dia memang malas nak mengisai.
Bonus, makin banyak kita bagi anak bergerak makin bijak dia akan jadi. Serius!
a) Setiap kali badan dia bergerak, banyak sel otak baru akan terhasil.
b) Semakin banyak dia cuba benda baru, semakin banyak sel sel otak berhubung.
c) Bahkan jika bahagian badan kanan banyak bergerak, makin cekap otak kiri dia jadi.
d) Jika bahagian badan kiri yang banyak bergerak, otak kanan pula makin cekap.
e) Mana-mana badan gerak pun, tetap otak juga dapat banyak manfaat.
Mana tidak bijaknya anak kita itu. Makin melasak, makin panjang akal jadinya.
Kalau dinding tak kena conteng, sofa tak kena lompat atau mainan tak bersepah, tak cukup bijak lagi la tu. Bagi dia melasak lebih lagi ye.
Wallahu A’lam.
Sumber: Mohd Fhais Salim
*Artikel asal di Mingguan Wanita
#budak bijak #otak berkembang #anak tak duduk diam #Mohd Fhais Salim
;