Anak suka mengamuk, ketagih gajet? Terapinya bawa main dengan alam
Pa and Ma
September 24, 2021 09:28 MYT
September 24, 2021 09:28 MYT
PERASAN tak, anak-anak bila terlalu lama berkurung dalam rumah, asyik menangis, mengamuk dan macam-macam lagi perangainya.
Serba tak kena dibuatnya.
Namun bila bawa keluar main depan rumah, boleh nampak keceriaan di wajah mereka.
Setakat lari-lari sambil pegang daun kering pun buka main gembiranya. Itu belum lagi bawa ke kawasan lapang atau tempat rekreasi.
Menerusi perkongsian OT Puan Liyana Raya, fitrah anak-anak, bermain dengan alam satu terapi yang sangat bagus.
"Back to mother nature. A process of desensitization.
Untuk anak yang mempunyai isu sensori, untuk anak yang kuat mengamuk, untuk anak yang ketagih dengan gajet, untuk anak autism dan ADHD, untuk anak yang ada kelewatan perkembangan.
Bila bagi saja pendedahan kepada alam semulajadi, pasti akan nampak “hasilnya”.
Kita takkan nampak anak-anak ini suka dengan alam. Mereka pastinya “tidak suka” bila pertama kali berinteraksi dengan alam.
Mereka takkan main air sama seperti kita dan anak-anak kita yang lain. Tapi apa yang kita perlu buat adalah konsisten. Konsisten memberi pendedahan.
Di sungai, di pantai, mahupun di bukit. Bagi mereka biasakan dengan tanah. Biasakan dengan air laut yang masin semulajadinya.
Biasakan dengan air sungai yang sejuk suhunya. Biasakan dengan batu-batu sungai yang pelbagai rupa dan bentuk.
Lihat dan sentuh dedaun yang luruh. Ada macam-macam warna. Alam ini luas.
Selama ini, pandangan anak-anak ini seperti “sempit”. Hidup penuh dengan “rigidity”. The more rigid the child is,the more flexible we should be.
Jadi, alam yang terbentang luas ni penuh dengan “sikap” fleksibiliti itu. Disebabkan “sikap” fleksibiliti yang ada pada alam ini penuh dengan “uncertainty”.
Anak-anak ini mula belajar untuk mengadaptasikan diri mereka dengan alam. Mereka belajar menerima keadaan alam yang penuh “uncertainty” itu.
Sebab hidup ini penuh dengan sesuatu yang kita sendiri tak boleh nak jangka apa ada kat depan. Jadi,bila bagi alam ni pada mereka, mereka mula belajar untuk menerima “uncertainty” itu.
Perlahan-lahan anda akan nampak perubahan pada sikap mereka. Mudah bertenang. Mudah menerima perubahan.
Saya bawa anak autism yg seorang ini, Ailani namanya. Bermalam di rumah saya secara berperingkat. Mendedahkannya dengan “uncertainty”. Supaya dia boleh hidup dengan “uncertainty” itu.
Saya bawa Ailani hidup dengan alam. Dengan kebenaran ibunya, saya minta untuk buat posting ini.
Alhamdulillah, banyak perubahan padanya walau hanya baru beberapa kali kenal alam. In fact, masa kali pertama bawa lagi, sudah nyata perubahan yang dilihat.
Macam saya selalu katakan, saya kalau dah disuruh merawat, memang saya buat sungguh-sungguh. Sampai dapat apa yang saya nak pada anak-anak ini.
Konsep saya ajar anak-anak ini mengenal Pencipta adalah melalui pendedahan kepada alam. Sebab saya selalu yakin, tidak Allah ciptakan alam ini dengan sia-sia.
Setiap satu komponen dalam alam ini ada fungsinya untuk manusia. Bila sudah kenal alam ini, barulah terasa seronoknya nak kenal Pencipta.
*Disclaimer: Saya memilih tempat dan waktu yang sesuai untuk bawa anak-anak kenal alam. Tempat yang saya pilih memang sentiasa sesuai untuk bawa anak-anak.
Dan kerana anak saya ramai, maka kami akan pilih waktu yang tak ramai orang. Time orang dah mula berpusu datang, kami pulang.
Bagi anak-anak yang dah terkurung lama di rumah, bawa keluar kenal alam dahulu. Mungkin pertama kali ada anak yang tak suka. Keep doing it. Konsisten. InsyaAllah lama-lama anda akan nampak perubahannya."
Kredit: OT Liyana Raya
*Artikel asal di Pa&Ma