Anak remaja tidak boleh ditengking, harus guna nasihat dengan hikmah

Mingguan Wanita
Januari 15, 2022 09:45 MYT
Setiap peringkat tumbesaran anak-anak ada cabaran yang tersendiri. Bagi golongan remaja, semakin kita berkasar, semakin mereka pendam sendiri. - Gambar hiasan
Setiap peringkat tumbesaran anak-anak ada cabaran yang tersendiri. Begitu juga dengan peringkat usia remaja, anak-anak tidak boleh dimarah sesuka hati, bimbang apabila mereka mulai terasa hati mereka mula menjauhkan diri,
Ikuti perkongsian Dr Taufik Razif ini dan fahami apa yang cuba disampaikan dalam mendidik anak-anak yang meningkat remaja.
Apabila Anak Sudah Remaja
Anak perempuan saya tunjuk tarian TikTok!
Beberapa hari lepas anak perempuan sulung saya datang di depan saya dengan wajah tersenyum-senyum seakan-akan hendak beritahu sesuatu.
” Abi, nak tengok tak? ”
” Nak tengok apa kakak?”, terpinga-pinga saya dibuatnya.
Tiba-tiba si Maryam ini angkat tangan dia, dihayun tanggannya ke kanan dan kiri. Yang tak tahannya siap goyang goyang punggung tu.
Ya Rabbi. Astaghfirullah!
Tak Boleh Marah, Tengking!
Masa tu tiba-tiba datang rasa menyirap! Rasa nak tengking pun ada tapi cepat-cepat saya rasionalkan balik diri saya.
Kalau saya marah dia terus, apa jadi? Ada kemungkinan lepas ini Maryam tak akan beritahu saya apa-apa dah. Dia akan pendam sendiri saja semua kesalahan dia!
Yang kedua, bila fikir balik dia menari TikTok macam tu depan keluarga sendiri. Tak haram. Tak berdosa pun. Cuma yang berdosa kalau pergi tayang pada yang bukan mahram saja.
Hati saya tiba-tiba kembali sejuk.
”Kakak belajar kat mana menari ni? ”
” Ada kawan kakak ajar. ”
” Yelah yelah. Lain kali boleh saja hendak menari tapi elakkan menari depan orang lain. Dan kalau boleh elakkanlah menari TikTok ni ”
Kena Nasihat Dengan Hikmah
Sambil nasihat, sambil saya buka satu video yang menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan yang berumur dalam 5 hingga 6 tahun yang tiba-tiba menari seperti kerasukan jin ketika mendengar muzik TikTok walaupun sedang lena tidur!
Saya tunjuk video tersebut pada anak saya dan saya boleh nampak dia ketakutan.
Terpaksa Berlembut Dengan Anak-Anak
Makin kita berkasar, makin mereka lari. Makin kita memaksa, makin mereka pendam sendiri dan kerosakan sebenar apabila mereka mula buat kesalahan secara diam-diam di belakang kerana merasa tidak selamat untuk meluah dan mengadu pada ibu bapa.
Mingguan Wanita: Mendidik anak bukan sesuatu yang mudah dalam zaman sekarang. Usahakan yang terbaik dan selebihnya berserah kepada Allah.
Sumber : Dr Taufik Razif

* Artikel asal disiarkan di Mingguan Wanita.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!

#remaja #tengking #tegur #nasihat
;