Anak mula tinggi suara, angkat tangan dengan ibu? - Pakar kongsi 6 tip apa perlu dilakukan

Pa and Ma
November 24, 2021 10:07 MYT
Tutur kata anak ini mula jadi kasar, tangan mula diangkat-angkat, kaki dihentak-hentak. Pada saat ibu mula membisu, pantas si ayah datang. - Gambar hiasan
SEMAKIN lama semakin tinggi suaranya.
Tutur kata anak ini mula jadi kasar, tangan mula diangkat-angkat, kaki dihentak-hentak.
Pada saat ibu mula membisu, pantas si ayah datang.
Pendek dan ringkas saja ayat si ayah, terus anak mula menukar nada suara jadi lebih lembut dan tenang.
Sebab itu jangan dibiar bila anak mula naik suara pada ibu.
Cuba elakkan isteri berseorangan pada saat ini.
Salah satu tugas ayah ialah sentiasa menjadi penyokong kepada isteri. Caranya, adalah apabila anak mula ‘naik kepala’ dengan ibu, ayah kena terus menegur perbuatan anak jika dia berada di situ.
Selepas ayah menegur anak, duduk berdekatan dengan mereka untuk pastikan dua perkara ini berlaku:
1. Anak ini lebih mudah mendengar cakap ayah berbanding ibu. Kita cakap pendek-pendek pun anak terus faham.
2. Anak sangat mengharap pujian dari ayahnya.
3. Sebab tu dia nak dirinya nampak sempurna di mata ayah. Bila ayah asyik memerhati saat dia naik suara dengan ibu, cepat-cepat dia akan menukar nada suaranya tu.
4. Anak ini umpama kamera litar tertutup (CCTV). Apa yang mereka lihat dan dengar, dia akan meniru dan itulah yang membentuk diri mereka bila semakin dewasa.
5. Jadi layanlah isterimu dengan lembut dan penuh kasih sayang.
6. Percayalah, ayah adalah hero di hati anak. Mereka bangga dengan ayah masing-masing. Mereka mahu menjadi yang terbaik di depan kalian.
Gunalah kelebihan ini untuk mempengaruhi anak anda menjadi manusia yang hormat ibu dan orang lain.
Artikel asal disiarkan di portal Pa&Ma
#anak-anak #mendidik anak-anak #ibu dan bapa #anak-anak mengamuk
;