Anak lasak, aktif petanda bijak dan baik tumbesaran
Pa and Ma
Ogos 10, 2021 10:30 MYT
Ogos 10, 2021 10:30 MYT
ANAK yang lasak dan aktif memang petanda anak bijak dan baik tumbesarannya. Namun begitu, jika terlebih lasak, makin pening ibu bapa dibuatnya. Apa mak ayah nak buat?
Jangan larang tetapi mak ayah bantulah dengan cara lebih baik agar keadaan jadi lebih terkawal atau anak-anak dapat salurkan kelasakkannya pada platform yang betul. OT, Siti Aisyah Rozalli berkongsi tip untuk semua.
5 CARA BANTU ANAK TERLEBIH LASAK
“Abang! Cuba duduk diam-diam!”, “Adik! Jangan lari-lari”. Pernah tak terjerit macam ni? Kadang-kadang sampai terketap-ketap gigi tahan geramkan?
Jangan risau. Anda tak keseorangan. Jeritan seumpama di atas adalah sangat biasa untuk ibu bapa yang ada anak-anak kreatif dan kinestetik.
Sentiasa ada benda yang nak digerakkan.
IMPULSIF adalah satu terma yang merujuk kepada perbuatan seseorang yang dilakukan tanpa berfikir panjang.
Contohnya: order baju pada 12.12 sebab harga murah. Baju dah sampai, baru sedar baju tu sama dengan yang dah ada dalam almari. Tu impulsif la tu. Impulsive shopping. Beli dulu, fikir kemudian.
ANAK-ANAK YANG KELIHATAN SENTIASA BERGERAK
Adalah anak-anak yang ada sifat impulsif yang tinggi.
Mereka perlu sentiasa bergerak.
Mereka perlu sentiasa bertanya.
Mereka perlu sentiasa mencuba.
Otak mereka terlalu sibuk.
Mereka mudah jatuh minat dengan segala perkara yang ada di sekitar mereka.
Sangat eksploratif. Sampai, kita rasa anak kita ni, susah betul bagi perhatian.
Tapi sebenarnya, mereka ini sangat ‘alert’. Mereka sangat curious. Kalau sifat ingin tahu yang tinggi mereka ini, dan sifat berani mencuba mereka ini dilatih dengan baik. Besar potensi mereka ini.
MACAM MANA NAK BANTU?
Kita perlu “ground” kan anak kita. Bukan “grounded” kurung dalam bilik macam Mat Salleh buat dalam TV tu. Tapi, ajar mereka untuk “grounding”.
Untuk berpijak di bumi, dan kurangkan keperluan melompat sana sini. Untuk tenang, kawal diri dan menarik nafas.
Macam mana nak ajar?
1. Beri mereka aktiviti stimulasi Proprioseptif.
Apa itu proprioseptif? Ianya adalah sensori yang bertanggungjawab untuk membantu pergerakan yang efisyen.
Anak yang impulsif, perlu diberikan banyak aktiviti berbentuk proprioseptif yang berstruktur.
Contohnya:
✅Lompat di trampoline mengikut rima kiraan 1 – 10.
✅Lompat teng-teng, satu kotak demi satu kotak.
2. Beri mereka aktiviti stimulasi Vestibular.
Apa itu vestibular? Ianya adalah sensori kedua yang bertanggungjawab membantu pergerakan yang efisyen. Ianya sensori kawalan keseimbangan tubuh. Latihan vestibular yang berstruktur akan membantu anak belajar mengawal sifat impulsifnya.
Contohnya:
✅Meniti di atas balance beam selangkah demi selangkah.
✅Mengayuh basikal dari satu point ke satu point yang lain.
3. Beri mereka aktiviti stimulasi Tactile.
Apa itu Tactile? Ianya adalah sensori sentuhan. Ianya amat membantu untuk anak-anak yang impulsif sedar tentang tekstur-tekstur yang disentuhnya. Kesedaran sentuhan, akan membantu anak untuk memanjangkan daya perhatiannya, yang seterusnya melatih mengurangkan impulsifnya.
Contohnya:
✅Membentuk dengan plastisin.
✅Melukis dengan tapak tangan.
4. Berikan anak Social Story berkaitan.
Social story ni macam kita bacakan cerita untuk anak. Tapi, kita pilih ceritanya yang berkaitan dengan tingkah laku impulsif anak.
✅Anda boleh lukis sendiri atau print sendiri helaian cerita yang berkaitan dan bacakan untuk anak anda semasa waktu tenangnya. Sebelum tidur, biasanya anak tenang sikit sebab dah mengantuk kan? Errr.. kan?
5. Ajar anak PAUSE.
Pause maksudnya berhenti sebentar.
Main permainan yang memerlukan anak untuk berhenti semasa sedang bergerak aktif.
✅Contohnya, ajak anak main “Move & Freeze”.
Tekan link ni, https://youtu.be/388Q44ReOWE, dan itulah yang saya maksudkan dengan ajak anak pause masa tengah bergerak aktif.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Artikel asal disiarkan di Pa&Ma.
#lasak
#Kanak-kanak
#anak
#sentiasa bergerak
#proprioseptif
#stimulasi
#sensori kawalan
#impulsif
#Social Story
#berhenti sebentar
#permainan