Anak banyak kahak, berhingus? Biasakan makan buah, sayur jenis ini
Pa and Ma
Julai 26, 2022 10:15 MYT
Julai 26, 2022 10:15 MYT
ANAK batuk berkahak, sekejap ok, lepas itu ada lagi pasti buat ibu bapa risau. Seolah-olah tiada kesudahan. Dah bagi macam-macam ubat pun masih tak elok. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan pemakanan.
Menerusi perkongsian Ainini Zainal, seorang ibu yang begitu komited memperjuangkan real food, banyak masalah kesihatan hari ini berpunca daripada pengambilan makanan kurang sihat.
Jadi bagi anak-anak yang selalu berkahak dan berhingus berlebihan, cuba anda amalkan jenis makanan ini dan tengok perubahan pada anak.
Biasakan anak-anak makan jambu batu, oren, nenas, sayur hijau dan bawang. Semua ini akan membantu buang banyak kahak dan hingus mereka yang berlebihan.
Jambu batu paling kaya Vitamin C. Vitamin C penting untuk healing process dan ia bersifat antiradang, antibakteria, antivirus.
Bawang, halia, kunyit, sayur hijau, oren, nenas, kesemunya ada sifat yang hampir serupa, semua real food ini ada peranan untuk bantu kita lebih sihat setiap hari.
Memang semua ini makanan yang sepatutnya jadi makanan harian anak-anak kita.
Bukan hari biasa makan banyak processed dan ultra processed food, masa sakit baru cari semua ini.
Never take real food for granted. Cari apabila diperlukan sahaja sedangkan banyak kemudaratan kita boleh elakkan jika dari awal, real food jadi makanan harian. - Pa&Ma