Ampang Park kini sudah 40 tahun
Astro Awani
Mac 16, 2013 08:12 MYT
Mac 16, 2013 08:12 MYT
Pusat membeli belah Ampang Park semalam telah menyambut ulang tahunnya yang ke-40.
Sejak dibuka pada 15 Mac 1973, bangunan berkenaan tidak pernah lekang dengan pengunjung.
Dengan keunikan tersendiri Ampang Park disenaraikan oleh sesetengah pengurusan hotel sebagai lokasi wajib dikunjungi oleh pelancong.
Pusat membeli belah ini diasaskan rentetan kejayaan kompleks membeli belah People's Park di Singapura.
Sejarahnya bermula apabila Syarikat Low Keng Huat Brothers Reality Sdn Bhd, membangunkan Ampang Park sebagai pusat membeli belah pertama di Kuala Lumpur.
Premis berkenaan terletak berhampiran persimpangan dua jalan raya utama di Kuala Lumpur iaitu Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak.
Lokasi yang strategik menjadikan kompleks berkenaan menjadi salah satu ikon penting di ibu negara.