Alkaline Ionizer Panasonic sedia air alkali pelbagai fungsi

Ehsan A Marisah
Disember 10, 2020 12:09 MYT
Alkaline Ionizer Panasonic menyediakan air tapis beralkali terion dan asid terion serta diperakui halal. - Gambar Panasonic Malaysia
PANASONIC Malaysia terus memperhebatkan jenamanya dengan melancarkan Alkaline Ionizer Panasonic dengan pelbagai fungsi termasuk membekalkan air beralkali berion.
Produk teknologi itu turut menyediakan air tapis dan air yang mengandungi asid lemah dan diperakui halal.
Ia turut dilengkapi dengan kaedah penulenan sebelum air itu melalui fasa elektrolisis menggunakan ion positif dan negatif.
Produk itu juga mampu menghasilkan air beralkali terion dan air berasid terion serta memberikan pilihan untuk memilih kadar pH air alkali, iaitu pada kadar pH 8.5; pH 9.0; pH 9.5 dan pH 10.0.
Selain itu, anda boleh memilih untuk minum air tapisan atau air yang bersifat asid lemah pada kadar pH 5.5 dan pH 3.0 yang bersih sekali gus bebas bakteria serta bahan kimia berbahaya.
Dalam pada itu, beberapa kelebihan ada pada Alkaline Ionizer Panasonic seperti berikut:
1. Air tidak perlu dimasak kerana mengandungi Ionizer beralkali dan mempunyai empat jenis sistem penapisan.
2. Sistem penapisan itu mampu menapis benda asing sekecil-kecil zarah termasuk klorin.
3. Boleh digunakan terus untuk mencuci dan memasak tanpa ragu-ragu, malah selamat untuk diminum termasuk menyediakan susu untuk bayi.
4. Meningkatkan sistem penghadaman atau pencernaan (GI symptoms) seperti mengelakkan gejala sakit perut, pedih ulu hati, sembelit, mual dan muntah-muntah serta diperakui Japan Pharmaceutical and Medical Device Act (PMD Act).
5. Meningkatkan rasa dan menjadikan makanan lebih sedap melalui peresapan air beralkali.
6. Kadar keasidan dan kealkalian (pH) boleh dilaraskan mengikut kesesuaian.
Air beralkali mempunyai kadar pH antara 8 hingga 14, manakala kebanyakan air minuman pada pH neutral, iaitu 7.
Ia juga mempunyai mineral tambahan seperti magnesium, potassium, bikarbonat dan kalsium yang membuatkannya lebih sedap berbanding air biasa.
Maklumat lanjut mengenai produk, boleh layari laman web berikut:
Sementara itu, sempena jualan 12.12, beberapa model turut mempunyai promosi hebat di Shopee dan juga Lazada.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.
#Panasonic #Panasonic Malaysia #Alkaline Ionizer #Air alkali #Alkaline water #Halal #Alkaline water purifier #Shopee #Lazada #jualan #sales
;