Aliyah genap setahun, ikut adat Korea, anak Tony Fernandes sambut hari lahir pertama
Pa and Ma
September 14, 2022 11:58 MYT
September 14, 2022 11:58 MYT
ANAK kepada CEO syarikat penerbangan Air Asia, Tony Fernandes iaitu baby Aliyah Ena Fernandes sudah pun genap usia setahun pada 20 Ogos yang lalu.
Ulang tahun kelahiran baby Aliyah disambut sederhana mengikut adat Korea dengan memakai pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok.
Bukan hanya baby Aliyah yang memakai Hanbok, malah mereka seisi keluarga turut mengenakan Hanbok dengan rona lembut.
Tony Fernandes turut menitipkan ucapan buat puteri keduanya itu.
“Selamat hari jadi kepada anak saya yang super cute smart Aliyah. Here’s to a great life ahead for you.”
Bertemakan putih pink di hari ulang tahunnya, baby Aliyah turut disajikan dengan adat khas iaitu aktiviti Doljanchi. Di dalam dulang tersebut ada pelbagai objek seperti bola, microphone, palu kayu hakim dan beberapa objek lain yang melambangkan kerjaya yang bakal di pilih.
Di Korea, hari lahir pertama bayi yang baru lahir dianggap sebagai peristiwa yang sangat penting dengan makna yang signifikan. Orang Korea merujuknya sebagai Doljanchi.
Selain menyanyi ‘selamat hari jadi’ dan meniup lilin, terdapat juga adat khas semasa perayaan Doljanchi di mana mereka menggunakan objek untuk meramal masa depan kanak-kanak itu, yang dipanggil Doljabi (돌잡이).
Sama seperti maksud perkataan itu, semasa aktiviti doljabi, kanak-kanak akan memilih satu atau dua objek di antara pelbagai pilihan yang masing-masing mewakili makna yang berbeza. Objek yang mereka pilih pertama atau kedua dipercayai 'mungkin' mewakili kerjaya masa depan mereka.
Melihat kepada gambar daripada perkongsian Tony di Instagram, baby Aliyah memilih mikrofon sambil merenung tajam ke arah bapanya.
Rata-rata cuba meneka kerjaya yang dipilih oleh baby Aliyah di ruangan komen. Ada juga yang tertarik melihat kecomelan baby Aliyah.
Tony Fernandes mendirikan rumah tangga bersama Chloe Kim yang berasal dari Korea Selatan pada Oktober 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aliyah Enan Fernandes (1 tahun). Untuk rekod, perkahwinan terdahulu Tony dikurniakan dua cahaya mata.
Kredit: Tony Fernandes
Artikel asal disiarkan di Majalah Pa&Ma