'Aku tidak peduli apa kata orang, kutukan orang, kerana ini kebahagiaan aku' - Hafiz Mahamad

Mariah Ahmad
Januari 15, 2017 21:29 MYT
HAFIZ MAHAMAD: Saya tidak mempedulikan kutukan atau apa orang kata, kerana dia hanya mahu membahagiakan orang yang disayanginya, serta mahu mereka berada dalam keadaan hidup senang. - Foto Instagram / @hafizmahamd
SELEPAS kejutan limusin untuk kekasihnya pada tahun lalu, selebriti Instagram, Hafiz Mahamad kini kembali.
Tular sejak Sabtu, video yang berdurasi tiga minit 20 saat itu menunjukkan Hafiz membuat kejutan untuk keluarga dan kekasihnya dengan menaiki kapal mewah.
Sudah tentunya, video yang tular pasti mengundang pelbagai reaksi.
Seoang pengguna Twitter bernama MinnRahman berpendapat, tidak salah untuk melakukan kejutan namun perlukah ia ditunjukkan kepada seluruh dunia?

@Nurmafatihah nak buat surprise mmg tak salah but perlu ke tayang satu dunia nak org ship ea oh okay okay husnudzon je dia nak bg cnth kot

— ming (@MinnRahman) January 14, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun tidak kurang juga ada yang melihat kemewahan ditonjolkan dalam video tersebut sebagai satu rezeki. Malah, ada yang memuji kejutan Hafiz buat keluarganya itu adalah perkara yang sangat mengharukan.

aduh pe lg surprise hafiz ni , haih cantik gilaaaa! with family lagi tu pic.twitter.com/4E1lXxjGon

— tyah (@Nurmafatihah) January 13, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@Nurmafatihah for me,to feel better in life, stop to be judgemental :). Love yrself.Find a joy in every little things. Itu rezeki diorang :)

— Deen (@eezudeen_) January 14, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@Nurmafatihah aish. untungnya lps ip6imosinp7ruise. bertuah betul si aina ni

— zaidahzailani (@NurKelebihan) January 15, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Melihat kejutan demi kejutan yang dilakukan Hafiz, ada juga yang berjenaka dengan mengatakan; "Mungkin selepas ini Hafiz dan pasangan akan berbulan madu di Marikh."

@Nurmafatihah aku rasa lepas kahwin diaorang pi honeymoon di marikh. hahahaha

— Ariffffff (@Arifsumbak) January 13, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hafiz seolah-olah sudah menjangkakan reaksi yang dia akan terima, selepas memuat naik video tersebut.
Mana tidaknya, dalam video tersebut dia berkata: "Aku tidak pedulikan apa kata orang, kutukan orang kerana ini kebahagiaan aku, mereka semua kebahagiaan aku."
Jelas Hafiz, dia hanya mahu membahagiakan orang yang disayanginya serta mahu mereka berada dalam keadaan hidup senang.
#Hafiz Mahamad #Kini Trending
;