Akaun Instagram, Twitter dan Pinterest milik Mark Zuckerberg digodam

Syafique Shuib
Jun 7, 2016 10:18 MYT
Mark Zuckerberg dilaporkan telah menggunakan kata laluan yang lemah yang menyebabkan akaun-akaun media sosial beliau berjaya digodam. -Gambar fail
SATU kumpulan penggodam yang dikenali sebagai “OurMine” berjaya mendapat akses kepada akaun Twitter, Pinterest dan Instagram milik pengasas Facebook, Mark Zuckerberg.
Memetik laporan Mashable, kumpulan ini berjaya menghantar satu tweet daripada akaun Twitter milik Zuckerberg.
Tweet berkenaan membuat pengikut Zuckerbeg di Twitter terkejut kerana tweet terakhir beliau adalah dari empat tahun lepas.
Sementara itu, akaun Pinterest beliau pula mengandungi mesej “Digodam oleh pasukan OurMine… Kami mahu menguji sistem keselamatan anda.”

Unusual activity from #MarkZuckerberg #Twitter account! #hacked pic.twitter.com/3MXTuCHJqG

— Susmit Laha (@SusmitLaha) June 5, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ouch. Mark Zuckerberg's social media accounts have been hacked pic.twitter.com/KvVmXOIg5s

— Ben Hall (@Ben_Hall) June 5, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tiada apa perubahan berlaku di akaun Instagram milik Zuckerberg walaupun kumpulan pengodam berkata mereka turut mempunyai akses kepada akaun itu.
Setakat ini, semua mesej yang dimuat naik oleh OurMine berkenaan telah dipadam dan berjaya dikembalikan kepada pemilik asal.
Zuckerberg dilapor telah menggunakan kata laluan lemah yang menyebabkan akaun beliau berjaya digodam.
Bukan itu sahaja, beliau turut dilaporkan menggunakan kata laluan yang sama kepada platform yang berbeza.
#Kini Trending #kumpulan pengodam #Mark Zuckerberg