Air tenaga untuk anak puasa: Rendam kurma semalaman, minum masa sahur
Mac 23, 2023 09:45 MYT
NAMA jolokan diberi ... air tenaga.
Selalunya, mak-mak lebih suka hidangkan minuman milo, coklat atau susu untuk bantu anak beri tenaga pada siang hari di bulan Ramadan. Tanpa kita sedar ada air tenaga yang sangat membantu anak-anak kita kekal segar dan tenaga sepanjang hari.
Bukan hanya untuk anak-anak, orang dewasa pun boleh amalkan minum air ini. Buat malam dan minum semasa sahur.
Air Nabeez: Minum waktu bersahur
Inilah minuman yang saya tak tinggal minum bila berpuasa waktu mengandung dan menyusu dulu.
Saya pernah mengandung, mengandung dan menyusu dalam tahun yang sama, menyusu dua anak dalam tahun yang sama waktu Ramadan.
Alhamdulillah, Allah izin dengan usaha saya amalkan air nabeez, saya dapat jaga waktu puasa Ramadan dari Subuh hingga Maghrib dengan izinNya.
Waktu tak mengandung dan menyusu pun, saya masih minum air tenaga ni bila berpuasa. Bagi anak dan suami kita minum jugak. Satu keluarga lah senang cerita.
Air yang beri tenaga berpanjangan sampai waktu berbuka, dengan izinNya.
Rendam Kurma dengan bilangan ganjil
Rendam kurma berserta biji.
Masuk dalam jag, tambah air, ikut keperluan keluarga kita minum banyak mana.
Air Nabeez, rendaman kurma atau kismis, air yang jadi amalan Rasullullah S.A.W.
Kita boleh cuba buat dan rasai perbezaannya.
Caranya:
2. Carikkan kurma, biji jangan buang.
3. Masuk kurma dan biji dalam jug
4. Kemudian tuang air.
5. Tinggalkan semalaman. Biar je suhu bilik
6. Masa sahur nanti warna dah berubah sikit.
7. Tuang dalam cawan.
8. Bagi anak minum untuk kekal bertenaga sepanjang waktu puasa.
Mingguan Wanita: Bukan hanya tunggu bulan Ramadan saja untuk minum air nabeez tapi boleh saja bila-bila masa. Selamat berpuasa.
Sumber: Dr Mazliana Mazlan