AHLB beri sinar baru buat pelajar SK Balambangan Banggi
Asyraf Roslan
Julai 8, 2019 09:00 MYT
Julai 8, 2019 09:00 MYT
Pelbagai rintangan dihadapi pelajar Sekolah Kebangsaan Balambangan Banggi, Kudat, Sabah.
Mereka terpaksa mengharungi perjalanan menaiki bot selama sejam demi menuntut ilmu.
Namun kesukaran itu mungkin dapat diatasi dengan pembinaan Asrama Harian Luar Bandar ( AHLB ) yang diusahakan oleh syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
Menurut Pengetua Sekolah berkenaan, Salmat Abi , kesukaran ini dihadapi kerana kedudukan kampung yang jauh dari sekolah.
Pembinaan AHLB, telah digerakkan oleh pihak Petronas sejak April tahun lalu.
Ia mampu menempatkan lebih kurang 120 orang pelajar pada satu-satu masa.
Sementara itu, Ketua Petronas Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Rokiah Sulaiman menyatakan setelah selesai pembinaan asrama ini mereka akan menguruskan semua permit agar asrama ini boleh digunakan oleh pelajar secepatnya.
Asrama Harian Luar Bandar yang dilengkapi dengan asrama lelaki dan perempuan serta surau dan dewan makan ini sudah siap 80 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan September ini.
Ikuti segmen Cerita oleh wartawan Astro AWANI, Asyraf Roslan yang membuat liputan sejak 3 Julai sehingga 5 Julai.