Afiq, Alia juara Safari Grom Search 2017
Ian Johan Ariff
Disember 3, 2017 17:53 MYT
Disember 3, 2017 17:53 MYT
BERMAIN ombak di tempat sendiri memberi kelebihan kepada Mohd Nor Afiq Haikal Mohd Nor Aziz dan Nur Alia Erika untuk muncul juara Safari Grom Search di Cherating hari ini.
Afiq, muncul juara kategori grom lelaki diikuti Alia, 14 tahun juara perempuan dalam kejohanan yang diadakan untuk mencari bakat baharu yang mampu dibentuk untuk menjadi juara luncur air di peringkat antarabangsa.
Afiq yang mula berjinak dalam sukan ini dua tahun yang lalu mendapat tunjuk ajar daripada bapa saudaranya yang juga seorang peluncur tempatan.
Kategori lain turut menyaksikan peluncur tempatan berjaya di tempat sendiri apabila Mohd Izzy Mohd muncul juara kategori junior.
Selain wang tunai dan trofi, ketiga-tiga juara dipilih untuk program pembangunan yang akan mempersiapkan mereka menghadapi kejohanan anjuran peringkat Asia anjuran Kejohanan Luncur Air Asia (ASC).
Safari Grom Search diadakan di Cherating dari 1-3 Disember 2017 mendapat sokongan penuh Tourism Negeri Pahang, jenama sukan luncur air Rip Curl dan turut mendapat pengiktirafan ASC.
Dianjurkan Safari Kids Club yang berpangkalan di Shah Alam, program SGS menyaksikan Yang Mulia Tengku Puteri Illisha Ameera Tengku Abdullah sebagai penaung.
#air
#ASC
#Asia
#Asia anjuran Kejohanan Luncur Air Asia
#Cherating
#luncur
#Pahang
#Safari Grom Search
#sukan