Adat resam dan pantang larang Tahun Baru Cina

Tan Su Lin
Januari 30, 2014 07:56 MYT
Angpau dan limau mandarin amat sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina.
Biarpun diamalkan masyarakat cina, namun ramai yang mungkin tidak mengetahui simbolik di sebalik setiap adat resam dan tradisi tersebut.
Mengikut kepercayaan cina, terdapat banyak pantang larang yang perlu diamalkan untuk mendapat lebih tuah dan kemakmuran untuk tahun baru itu.
Antaranya Pengasas Good Feng Shui berkongsi bahawa keluarga kaum cina akan membersihkan rumah sebelum perayaan.
"Sebelum masuk tahun baru kita buang segala barang lama tua bukan sahaja fizikal tetapi dari segi fikiran apa fikiran dan pengalaman lama yang tidak baik sakit hati membawa tuah kurang baik akan dibuang dalam hari itu." kata Kenny.
Bagaimanapun mereka dilarang menyapu rumah pada tahun baru cina kerana ia dipercayai akan menghalau tuah.
Masyarakat Tiong Hua juga akan mengenakan pakaian baru pada hari berkenaan sebagai simbolik permulaan tahun baru.
"Dia macam reset kita punya energy semua baru apa yang kurang baik sudah dibuang dalam hari pertama semua diperbaharui dari segi fikiran fikizal, kasut baru semua baru." katanya.
Selalunya pada Tahun Baru Cina, masyarakat Cina akan mengelak daripada bercakap kasar atau kesat kerana ia dipercayai membawa malang.
"Biasanya budah nakal ahli keluarga tidak akan marah atau kalau budak buat salah supaya mungkin budak pecah gelas ibu bapa mungkin cakap pecah itu tanda bagus untuk mencantikkan keadaan yang kurang baik hari itu semua cakap baik sahaja." katanya lagi.
Antara pantang-larang lain yang diamalkan adalah tidak memakai warna hitam atau putih yang merupakan warna berkabung.
Sementara itu, Kenny menegaskan jumlah angpau yang diberikan pula mesti berangka genap.
"Duit dalam angpau biasanya mesti berjumlah genap. Kalau ada orang bagi RM6 perlulah diberikan 1 keping RM5 dan 1 keping RM1. Bilangannya mesti genap. Genap membawa maksud yang lebih sempurna. Biasanya kita akan elak beri angpau yang bernombor ganjil." tambah Kenny.
Amalan memberi limau mandarin juga simbolik memberi tuah.
"Buah limau mandarin yang dipanggil "kam" dalam bahasa Kantonis bermaksud emas adalah kewajipan setiap Tahun Baru Cina kerana ia melambangkan limpahan kekayaan kepada masyarakat Tiong Hua. Warna limau juga keemasan seperti memberi jongkong emas kepada orang lain."
Namun terdapat segelintir yang juga memberikan buah epal sebagai simbolik kesihatan yang lebih baik.
"Sekarang ramai juga orang yang bagi epal "ping kuo" bermaksud aman juga membawa maksud kesihatan yang baik." tambah Kenny.
Tema tahun baru cina pastinya merah dipercayai membawa tuah malah kediaman juga akan dihiasi dengan warna merah.
#adat resam #angpau #Good Feng Shui #Kenny #limau mandarin #pantang larang #simbolik #Tahun Baru Cina #tradisi
;