Adakah waktu kerja 9-5 untuk 5 hari seminggu masih relevan?
Astro Awani
Mei 10, 2022 12:35 MYT
Mei 10, 2022 12:35 MYT
SEJAK COVID-19 melanda dunia, terdapat banyak perubahan yang dilakukan pada cara dan gaya hidup manusia antaranya perubahan yang sedang dialami oleh setiap negara iaitu dari segi waktu dan cara bekerja.
Pelbagai langkah dan inisiatif dilaksanakan oleh masyarakat dunia untuk mengekang virus ini termasuk kawalan pergerakan dan penjarakan sosial.
Tindakan itu nyatakan mengubah cara bekerja termasuk waktu bekerja yang sudah berubah iaitu secara hibrid.
Namun selepas dua tahun pandemik melanda pekerja kini dilihat mahukan lebih fleksibiliti dari segi waktu bekerja.
Bedasarkan laporan baharu oleh syarikat pembangun perisian, Adobe, pekerja di Jerman lebih berminat untuk miliki waktu kerja fleksibel sepenuhnya semasa bekerja.
Selain itu, tiga perempat golongan muda mahukan lebih kawalan ke atas jadual kerja mereka sendiri.
Menurut laporan itu lagi, 51 peratus pekerja ingin mempunyai fleksibiliti sepenuhnya terhadap jadual kerja mereka.
Manakala, perbezaan dengan hanya 16 peratus responden lebih memilih untuk tidak mempunyai fleksibiliti sama sekali tetapi menamatkan waktu pekerjaan mengikut jadual kerja yang ditetapkan.
Dapatan sama turut dinyatakan dalam laporan 2021, bertajuk ‘ The Future of Time’ itu melibatkan semua negara dikaji iaitu United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), New Zealand, Perancis, Jerman dan Jepun.
Kajian mendapati 56 peratus responden mengatakan rakyat Jerman adalah golongan yang paling berminat untuk mempraktikan waktu kerja fleksibel.
Negara yang mempunyai bahagian terendah orang yang bekerja dengan kekangan dalam waktu bekerja daripada tujuh negara tersebut adalah Jepun dengan 12 peratus.
Namun, 48 peratus responden menyatakan mereka ingin dan menaruh harapan untuk bekerja dengan cara yang kurang ketat pada masa akan datang.
Lebih lagi generasi muda masa sekarang yang mengambil berat tentang tahap autonomi diri terhadap jadual kerja mereka.
Sebanyak 73 peratus golongan golongan milenial lebih rela menukar pekerjaan lain yang mempunyai lebih fleksibiliti walaupun harus kekal dengan gaji dan peranan yang sama.
Berdasarkan syarikat perisian dalam Wrike, peningkatan dalam jadual kerja yang fleksibel juga mendorong kesaksamaan jantina, di mana ibu bapa boleh berkongsi beban atau cabaran dalam penjagaan anak.
Menurut syarikat penyiaran Ireland, RTE, banyak syarikat menerapkan trend ini sehingga Ireland sudah bersedia untuk melaksanakan hak untuk waktu kerja yang fleksibel.
Sementara itu menurut Forbes, ekonomi berasaskan perkhidmatan berbeza dengan ekonomi berasaskan pembuatan kerana teknologi kini saling terhubung dan memudahkan uruskan kerja meskipun berbeza zon masa.