Adakah persekitaran kerja di Malaysia kondusif buat wanita sudah berkahwin dan berkeluarga?

Shamil Hizamie
Julai 2, 2015 13:01 MYT
Isu mengenai persekitaran kerja di Malaysia bersesuaian buat wanita yang sudah berkahwin dan berkeluarga mula mendapat perhatian banyak pihak.
Isu mengenai persekitaran kerja di Malaysia bersesuaian buat wanita yang sudah berkahwin dan berkeluarga mula mendapat perhatian banyak pihak.
Ketua Pengarah Eksekutif TalentCorp Malaysia, Johan Merican dalam satu kenyataan mengatakan persekitaran pekerjaan di Malaysia perlu menjadi lebih kondusif untuk menarik lebih ramai pekerja wanita mengekalkan kerja mereka.
Beliau memetik laporan PricewaterhouseCoopers (PwC) pada tahun 2013, Johan menyentuh perihal sebahagian besar syarikat di Malaysia yang tidak menawarkan polisi mesra keluarga.
Laporan dari Pembangunan Manusia Malaysia 2013 turut mendapati bahawa kebanyakan wanita berhenti kerja untuk menjaga anak-anak.
Sebab-sebab lain termasuk perkahwinan, menyokong kerjaya suami dan sebab-sebab lain yang melibatkan keluarga.
Kerajaan telah menyarankan beberapa insentif seperti menggalakkan majikan menyediakan taska di tempat kerja. Namun sambutan yang diterima adalah rendah lantaran kekangan ruang.
Kongsikan pendapat anda.
#kondusif #persekitaran kerja #taska #wanita
;